Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.gu] | برلاݢو

Definisi : berirama: suaranya berlagu-lagu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.gu] | برلاݢو

Definisi : 1 berirama; selaku bernyanyi: Suaranya ~. 2 bernyanyi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagu (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: nada, rentak, langgam, rani,

2. Bersinonim dengan nyanyian: senandung, dodoi, pengulit, qasidah, lala, halwa telinga,

Kata Terbitan : berlagu, melagukan, pelagu,

Puisi
 

Sayang Siti anak tuk bandar,
     Mengail todak umpannya sagu;
Kalau benci katakan benar,
     Jangan ditolak dengan berlagu.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
operaoperaKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengutamakan dialog berlagu dan lakonan bergaya. Elemen kostum dan latar pentas biasanya dalam bentuk yang hebat, termasuk kesan pencahayaan dan kesan khas yang mengagumkan.
singspielsingspielKesenianDrama dan TeaterJenis opera yang dialognya disampaikan dengan gaya berlagu atau menggunakan bahasa berirama. Singspiel mengandungi unsur lucu dan ringan bentuknya. Sinonimbalada opera.
musicalmuzikalKesenianDrama dan TeaterSeni persembahan teatrikal diiringi muzik yang disampaikan secara berlagu atau puitis terutama untuk bahagian yang dramatik seperti adegan sedih, gembira, bercinta dan bertarung. Contohnya, muzikal Uda dan Darakarya Usman Awang.
ballad operaopera baladaKesenianDrama dan TeaterCorak persembahan opera yang mengolah dialog berlagu dengan menggunakan jenis puisi yang khusus, iaitu bentuk balada.
chantdikirKesusasteraanTiadaGabungan ucapan doa atau nyanyian yang disampaikan secara beramai-ramai dengan cara berlagu. Lagu disampaikan dalam bentuk pantun diiringi dengan paluan rebana dan alat muzik yang lain Gaya penyampaian seperti ini juga digunakan dalam gereja seperti Canta Gregory (Gregorian Chant), dan di kuil Hindu atau Buddha untuk lafaz mantera. Lafaz mantera dalam upacara buka panggung, teater wayang kulit, dan makyung juga dianggap dikir, malahan gaya membaca puisi juga menggunakan teknik dikir. Contoh yang terkenal ialah pantun yang digunakan dalam persembahan Dikir Barat.
chantdikirKesenianDrama dan TeaterGabungan ucapan doa atau nyanyian yang disampaikan secara beramai-ramai dengan cara berlagu. Istilah dikir berasal daripada kata zikir yang bermaksud kata-kata pujian yang puitis. Lagu disampaikan dalam bentuk pantun diiringi dengan paluan rebana dan alat muzik yang lain. Terdapat beberapa jenis dikir mengikut rentak dan lagu seperti dikir rebana, dikir barat, dikir maulud dan dikir berendoi.

Kembali ke atas