Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1.Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?) 2. a.Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?) 3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering / daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Sekian, terima kasih.

1. Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?). Kedua-dua ayat tersebut betul1">

2. a. Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?): Jawapan betul ialah 1. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. 2. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tumbuh segar1">

3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering/daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Jawapan betul ialah Saya dan bapa menyapu daun-daun kering di bawah pokok1">

Tatabahasa10.02.2020
Salam 1 Malaysia 1. Perkara itu berlaku adalah disebabkan oleh salah faham antara mereka. 2. Berbagai-bagai spesies rama-rama dapat dilihat di taman itu. 3. Saya memerhatikan tingkah lakunya daripada tadi. Betulkah ketiga-tiga ayat di atas tuan. Terima kasih banyak-banyak...Ayat pertama tidak perlu perkataan "adalah" sebelum perkataan "disebabkan".  Perkara itu berlaku disebabkan oleh.... sudah mencukupi.

Ayat 2 dan ayat 3 adalah betul.
Lain-lain21.08.2014
penggunaan "ialah" dan "adalah": 1) Antara kesan berlaku tanah runtuh (ialah/adalah) berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan "uzur" (ialah/adalah) tua.1) Antara kesan  tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur.

2) Maksud perkataan uzur adalah tua.
Tatabahasa14.03.2018
apakah perbezaan taraf kehidupan dengan tarfa hidup? 1. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. atau 2. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. perluke guna daripada selepas akibat atau 3. Kebakaran itu berlaku adalah/ialah akibat budak2 bermain mercun. mana satu betul ? tqTaraf hidup dan taraf kehidupan kedua-dua betul dan ayat yang pertama adalah lebih tepat dan betulTatabahasa28.08.2007
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat yang mana betul. 1. Tahukah anda gema berlaku akibat pantulan bunyi? 2. Tahukah anda bahawa gema berlaku akibat pantulan bunyi? Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut, minta tuan/puan terangkan penggunaan bahawa dalam sesuatu ayat. Terima kasih.Dalam bentuk ayat tanya: Tahukah anda bagaimana gema berlaku? dan dalam bentuk ayat tanya: Tahukah anda bahawa gema berlaku akibat pantulan bunyi.Tatabahasa02.07.2012
Salam, Apakah ceraian ayat yang betul bagi ayat majmuk ini? Kemalangan itu berlaku pada petang semalam ketika hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. Adakah...? 1. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. 2. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti pada petang semalam. Bolehkah tuan/puan berikan alasannya? Terima kasih.Contoh yang diberikan ialah ayat majmuk keterangan yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil (atau lebih) yang tidak dapat berdiri sendiri. Kemalangan itu berlaku pada petang semalam (ayat induk) + ketika (kata hubung) hujan lebat turun dengan tidak henti-henti (ayat kecil).  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514.Tatabahasa25.04.2014
1. Saya berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan di majlis persandingan atau pada majlis. 2. Untuk mengelakkan kemalangan berlaku atau berlaku ya kemalangan Mana Yang tepat

Ayat yang betul ialah:

1. Saya berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan di majlis persandingan.

2. Untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

Tatabahasa25.07.2023
Salam sejahtera. Pohon semak tatabahasa bagi dua soalan di bawah: 1. Apakah yang akan berlaku jika berlari di atas lantai yang basah? 2. Apakah yang akan belaku jika hujan lebat tidak berhenti-henti? Terima kasih.Tuan/puan yang budiman,

Cadangan ayat yang betul adalah seperti berikut:
1. Apakah yang akan berlaku jika berlari di atas lantai yang basah?
2. Apakah yang akan berlaku jika hujan lebat turun tidak berhenti?
Tatabahasa12.12.2017
Bagaimana menulis Perang Teluk? Perlukah ditulis dengan huruf besar? (Yang mana paling tepat?): 1. Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 2. Ketika perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 3. Ketika perang teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku.

Salam sejahtera,

Perang Teluk merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar pada permulaan perkataan. Kata
nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.

Jadi ayat 'Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku' merupakan ayat penulisan yang tepat.

Tatabahasa19.11.2012
1. Apakah maksud penanda wacana? 2. Apakah fungsi-fungsi penanda wacana? 3. Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penggunaan penanda wacana di kalangan pelajarBagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.  Tatabahasa01.03.2012
12345678910...

Kembali ke atas