Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
backfiresedakanKejuruteraan AutomotifEnjin1. Letupan yang berlaku dalam sistem ekzos akibat penyalaan campuran udara-bahan api yang tidak terbakar sepenuhnya semasa lejang pembakaran. Sedakan biasanya berlaku ketika kenderaan dinyahpecut. 2. Letupan yang berlaku dalam pancarongga pengambilan akibat injap pengambilan tidak tertutup sepenuhnya menyebabkan bunyi letupan keluar melalui saluran udara masukan. Letupan ini biasanya berlaku kerana pemasaan pencucuhan yang salah, wayar palam pencucuh yang di- pasang tidak mengikut jujukan nyalaan dan injap masukan yang terlekat.
autogamyautogamiBiologiGenetik1. Pengkonjugatan seks yang berlaku tanpa pasangan, misalnya yang berlaku pada Paramecium. 2. Penswasenyawaan pada satu sel yang tidak membahagi.
autogamyautogamiBiologiGenetik1. Pengkonjugatan seks yang berlaku tanpa pasangan, misalnya yang berlaku pada Paramecium. 2. Penswasenyawaan pada satu sel yang tidak membahagi.
rigor mortisrigor mortisVeterinarPraklinikalPerubahan khusus post mortem yang berlaku pada bangkai; iaitu pengkakuan kesemua otot selepas mati dan dikaitkan dengan pengecutan gentian otot apabila adenosina trifosfat dalam sel berkurangan. Rigor mortis mula berlaku antara 1 hingga 6 jam dan berakhir antara 1 hingga 2 hari. Proses rigor mortis ini lebih cepat berlaku pada bangkai haiwan yang kekurangan makanan daripada haiwan yang diberi makanan secukupnya.
anastomosisanastomosisBiologiMikologi1. Percantuman yang berlaku secara menyerong sehingga membentuk sudut atau jejala, misalnya percantuman insang, alur atau kedutan pada pileus. 2. Pertaupan sel-sel vegetatif kulat yang berlaku secara tidak teratur dan dapat menyebabkan perpindahan nukleus.
knockketukanKejuruteraan AutomotifEnjin1. Bunyi kuat yang berlaku akibat prapencucuhan dan letupan dalam kebuk pembakaran sehingga menghasilkan pem- bakaran dengan lebih cepat dan tidak terkawal sebelum pembakaran sebenar berlaku. 2. Bunyi kuat yang terhasil akibat lagaan beberapa komponen logam disebabkan oleh galas yang longgar, haus serta berubah-ubah mengikut laju enjin.
beta decayreputan betaFizikAtom dan NuklearProses pemancaran atau penyerapan zarah beta yang menyebabkan nombor atom sesuatu nukleus atom bertambah atau berkurang sebesar satu unit tanpa mengubah nombor jisimnya. Nombor atom bertambah sebesar +1 apabila berlaku pancaran zarah-b negatif atau pancaran elektron dan berkurangan sebesar -1 apabila berlaku pancaran zarah-b positif positron atau proses tawanan elektron.
lactating phasefasa penyusuanVeterinarTiadaFasa pengeluaran susu bagi haiwan tenusu selepas melahirkan anak. Bagi lembu dan kambing tenusu, anak disapih ketika berumur seminggu dan susu daripada ibu ternakan tersebut diperah sehingga 10 bulan untuk tujuan komersial. Hasil pengeluaran susu meningkat dengan cepat pada 1-1.5 bulan pertama selepas melahirkan anak dan kemudiannya menurun dengan perlahan sebelum dihentikan dua bulan sebelum kelahiran anak yang berikutnya. Bagi ternakan lain, tempoh ini berbeza mengikut jenisnya iaitu di sepanjang tempoh anak dibenarkan menyusu. Bagi lembu pedaging, tempoh penyusuannya berlaku selama 6 bulan, kambing dan biri-biri selama 3 bulan dan babi pula selama 3 minggu.
diabetes insipidusdiabetes insipidusMakanan dan PemakananPemakananSejenis penyakit yang jarang berlaku. Penyakit ini berlaku apabila buah pinggang seseorang mengeluarkan sejumlah urin yang banyak, cair dan tidak berbau. Individu normal mengeluarkan 1-2 kuart urin sehari. Manakala individu yang mengalami diabetes insipidus mengeluarkan 3-20 kuart urin sehari. Keadaan ini mengakibatkan keperluan air meningkat dengan banyak.
Arrhenius plotplot ArrheniusFizikNanoteknologiSatu plot garis lurus ln y melawan 1/T (atau 1/kT) bagi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea= tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Persamaan Arrhenius berlaku untuk kebanyakan proses terma seperti pemancaran elektron dari suatu dawai panas dan pertumbuhan kultur bakteria. Plot Arrhenius sangat berguna untuk menentukan tenaga pengaktifan sesuatu proses.
12345678910...

Kembali ke atas