Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.lu] | برلالو

Definisi : 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perem­puan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.lu] | برلالو

Definisi : 1 berjalan; berlepas: Tidak lama kemudian, mereka pun ~ pulang. 2 lepas (bkn waktu); lewat; lampau: Peluang keemasan spt itu jangan dibiarkan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Orang berpantun di Kampung Hulu,
     Sambil mencabut ulam bermi;
Tujuh tahun musim berlalu,
     Baru tersedar rumput di bumi.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AULD LANG SYNE

Auld lang syne ialah dialek orang Scotland yang

bererti old long since (sejak lama dahulu) atau hari

telah berlalu. Perkataan ini menjadi judul sebuah

lagu yang digemari oleh semua orang yang dapat

bertutur dalam bahasa Inggeris.

Robert Burns menyatakan bahawa dia mencatat

perkataan ini apabila mendengar seorang lelaki tua

menyanyikannya akan tetapi orang menganggap

Burns yang mencipta kata-kata tersebut. Lagu ini

dinyanyikan dengan melodi Scotland lama.

Ia adalah lagu tradisi untuk menyambut ketibaan

Tahun Baru, terutama di Scotland.

Lihat juga Burns, Robert.

UMUM 
PERJANJIAN SAINT GERMAIN

Perjanjian Saint Germain. Kuasa Berikat

dalam Perang Dunia I (1914–1918) dan republik

Austria menandatangani Perjanjian St. Germain

pada 10 September 1919. 27 buah negara Berikat

dan negara gabungan menandatangani perjanjian

ini yang memansuhkan kuasa Austria. Hanya

Romania dan juga negara yang kemudiannya

dikenali sebagai Yugoslavia merupakan dua negara

Berikat yang melambat-lambatkan proses

menandatangani perjanjian ini. Kedua-dua negara

ini tidak bersetuju dengan jaminan perjanjian yang

diberikan kepada kumpulan minoriti. Setelah

beberapa bulan berlalu, barulah mereka berjaya

dipujuk untuk menandatangani dokumen ini.

Perhimpunan Kebangsaan Austria mengesahkan

perjanjian ini pada 17 Oktober 1919, dan perjanjian

ini berkuat kuasa pada 16 Julai 1920.

UMUM 
ISLAM DI PATANI

ISLAM DI PATANI, perkembangan agama Islam di Patani yang bermula pada abad ke-15. Agama Islam di bawa oleh para pedagang Arab dan India yang menetap di pusat-pusat perdagangan di Patani pada akhir abad ke-12. Setelah tiga abad berlalu, golongan diraja Patani menerima Islam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SANG NILA UTAMASANG NILA UTAMA (        – 1348), raja Melayu yang pertama bagi kerajaan Temasik (kini Singapura).  Baginda ialah putera sulung Sang Sapurba.  Menurut Sejarah Melayu, Sang Nila Utama dikata sedang bermain-main di Tanjung Bemban, baginda ternampak pantai Temasik.  Dia membawa rombongannya ke perairan Temasik, tetapi mereka hampir karam semasa menuju ke perairan Teluk Belanga, di selatan Temasik.  Setelah membuangkan mahkota baginda ke laut, barulah ribut itu reda.  Ketika Sang Nila Utama mendarat di pulau itu bersama-sama rombongannya, baginda ternampak seekor binatang yang tangkas berlalu di hadapan mereka.  Baginda diberitahu bahawa binatang itu ialah seekor singa, lantas baginda menamakan pulau itu ‘Singapura’ (kota singa).   Setelah itu, Sang Nila Utama membuka kerajaan dan baginda menjadi raja yang pertama dengan memakai gelaran Sri Tri Buana.  Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas