Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lan.ju.tan] | برلنجوتن

Definisi : berpanjangan, berterusan, ber­kekalan: peperangan itu ~ hingga berpuluh­-puluh tahun lamanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lan.ju.tan] | برلنجوتن

Definisi : berpanjangan; berterusan: Pertempuran itu ~ sampai tiga hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APA MAKSUD MELANGKAU MAYA, REFLEKTIF, BERKESINAMBUNGAN, FLEKSIBELIstilah 'melangkau maya' bermaksud melampaui pemikiran; 'berkesinambungan' bermaksud berlanjutan, berterusan, berpanjangan; 'reflektif' bermaksud memantulkan, sentiasa berfikir; bermenung dan 'fleksibel' bermaksud boleh diubah atau disesuaikan (dgn mudah) atau mudah berubah (sikap, keputusan, dll) mengikut keadaan baru dll, luwes.Makna23.01.2007
Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih.Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih.
Ayat 1, 2 dan 3 merupakan ayat perintah (jenis ayat permintaan). Sementara kata 'jemput, 'ayu'h dan 'mari' merupakan ayat perintah jenis silaan. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 450-452.
Tatabahasa10.05.2013
apakah maksud dadah

Maksudnya ialah ubat-ubatan;  bahan (spt ganja, heroin, marijuana, dsb) yg merosakkan atau membinasakan orang yg menggunakannya berlanjutan (merosakkan kesihatan, membawa maut, dll). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. terima kasih.

Makna19.06.2008
Adakah bentuk kata "perlanjutan" wujud dalam Bahasa Melayu? Saya berasa ragu dengan kewujudan kata "perlanjutan" kerana kata "perlanjuan" mewujud dalam Kamus Dewan, tetapi tidak mewujud dalam Kamus Pelajar. Adakah kata "perlanjutan" berasal daripada kata kerja "berlanjutan"? Bukankah kata berapitan peR-...-an hanya berasal daripada kata kerja berawalan ber-? Adakah kata nama peR-...-an berasal daripada kata kerja yang berapitan ber-...-an?Kamus Dewan mengambil data daripada korpus. Hal ini bermakna data yang dirakamkan ditemukan dalam wacana bahasa Melayu. Kata Perlanjutan wujud dalam bahasa Melayu, namun sebagai pelajar rujuklah Kamus Pelajar untuk penggunaan yang betul. Kamus Dewan penting dalam mengungkapkan makna kata, namun andainya ada kekeliruan dalam data kedua-dua kamus, sila rujuk editor Kamus Pelajar melalui e-mel aziah@dbp.gov.my dan editor Kamus Dewan melalui e-mel salmah@dbp.gov.my.Tatabahasa01.01.2015
Adakah perkataan "kelangsungan" boleh diguna dalam apa-apa ayat? Contohnya ayat: Oleh itu pengesahan daripada Pengurus Besar Negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) adalah perlu untuk kelangsungan projek ini.

Boleh. Berikut disertakan makna kata kelangsungan. 

Kelangsungan: perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yang lainnya seperti novel dan cerpen yang akar kemahirannya adalah kelangsungan daripada kreativiti pelipur lara;

Lain-lain14.04.2009
mana yang betul 1. 1 jam pertemuan kepada 2 jam pertemuan atau 2. 1jam pertemuan kepada 2 jamSila berikan ayat lengkap bagi mengetahui frasa yang betul. Jika menepati maksud soalan, ayat yang betul ialah Pertemuan itu berlanjutan selama 2 jam.Tatabahasa15.05.2019
8. Selain itu, Pengerusi telah memaklumkan Ahli, TLDM akan melaksanakan Seminar atau pun Simposium yang bertaraf antarabangsa dan penganjuran aktiviti tersebut perlulah mencapai tiga objektif iaitu segala usaha nanti untuk membawa TLDM kepada World Class Standard, sempena Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM Ke-80 dan tahun melawat Malaysia. Berlanjutan dengan itu, Pengerusi juga memaklumkan bahawa penganjuran aktiviti yang bersangkutan dengan Seminar dan Simposium haruslah diberikan penekanan agar aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan mencapai ketiga-tiga objektif tersebut. TLDM juga akan memajukan surat dan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian tersebut di mana segala aktiviti yang melibatkan Seminar dan Simposium perlu dimaklumkan kepada Kabinet serta bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan. Aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Tatabahasa13.01.2014
MOHON SEMAKAN UNTUK TAJUK ESEI INOVASI SOSIAL TERAS KELANGSUNGAN BEBAS DADAH
Perkataan kelangsungan bermaksud perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan, contoh ayat; Semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara kita. Berdasarkan korpus DBP, kata kelangsungan mempunyai konotasi yang positif, maka tidak sesuai untuk sesuatu yang berkonotasi negatif seperti penyalahgunaan dadah.  Dalam hal ini, keadaan ‘bebas dadah’ belum berlaku jauh sekali untuk berlanjutan. Cadangan kami, Inovasi Sosial Teras Membanteras Penyalahgunaan Dadah.  
Penyemakan dan penterjemahan15.05.2017

Kembali ke atas