Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.par] | برلاڤر

Definisi : menanggung lapar, berasa lapar: seseorang ibu itu sanggup ~ kerana kasihkan anaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.par] | برلاڤر

Definisi : menanggung lapar; berasa lapar: Kami terpaksa ~ kerana kehabisan wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapar (adjektif)
Bersinonim dengan kebulur, kemaruk;,
Kata Terbitan : berlapar, melaparkan, kelaparan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
setahu saya kata adjektif hanya terima tiga imbuhan iaitu se, ter, ke...an. Bagaimana pula dengan 'ber'? Contohnya: ber + warna= berwarna ber+ gembira= bergembira adakah berwarna, bergembira menjadi kata kerja terbitan atau kekal sebagai kata adjektif. Apa pula bentuk pola ayat di bawah: Baju itu berwarna biru ( FN + FK atau FN + FA) Budak itu sedang bergembira di tepi pantai ( FN + FK atau FN + FA)Lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 162, golongan kata yang boleh bergabung dengan awalan beR- ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contoh awalan beR- yang bergabung dengan kata adjektif ialah bersedih dan berlapar, dan kata ini akan membentuk kata kerja. Baju itu berwarna biru (FN + FK). Budak itu sedang bergembira di tepi pantai (FN + FK).Tatabahasa26.05.2015
saya ingin bertanya, bolehkah DBP mewujudkan imbuhan baru untuk kata lawan bagi ber-? Seperti yang kita tahu, ber- mempunyai maksud 'memiliki' atau 'perbuatan persalingan' (daripada https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/129). Jika kita lakukan perbandingan bahasa ( Melayu & Inggeris) bagi maksud 'memiliki' ber(sifat), baju berlengan pendek = short sleeve shirt. Tetapi baju tanpa lengan = sleeveless shirt. berguna = useful, tidak berguna = useless. Banyak lagi perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan -less, memudahkan komunikasi dan memendekkan jumlah perkataan dalam perbualan. Saya berharap agar penambahbaikan ini dapat dipertimbang kerana bahasa Melayu sepatutnya sudah wujudkan banyak istilah sains, berbanding menterjemah begitu sahaja. Terima kasihKamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan imbuhan "ber-(be-, bel-) sebagai entrinya. Terdapat 30 pecahan makna yang berjaya diisih dan disusun secara teliti berserta contoh kata terbitannya. Maklumat tatabahasa juga diberikan sebagai panduan pengguna bahasa. Berikut adalah sebahagian daripada pecahan makna imbuhan tersebut:

ber- (be-, bel-)
awalan

1 secara umumnya, apb bergabung dgn kata dasar tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dll yg berkaitan dgn kata dasar tsb, mis berdayung, berjumpa, berdalih, bersosial, bermusuh, bergotong-royong, berdakwah, berbuat, golongan berada, cukai berbayar, berjalan berjengket-jengket membawa sekole kopi, dan Berenang mampu menurunkan berat badan;

2 apb bergabung dgn kata kerja, kata nama atau kata adjektif tertentu membentuk kata terbitan yg membawa maksud berada dlm keadaan yg berkaitan dgn kata dasar, mis berlapar, bercelup, bertulis, berhujan, berembun, bergelap, bergembira, berpantang, berbara, bercatu, belum berbasuh, bermuram durja, kain berjahit dan kayu bergergaji;

3 membawa maksud ada atau mempunyai, mis berduit, berkudis, bermuatan, berayah, berasas, berbeza, berhasrat, tiada berbanding, gula-gula berangin, selekoh berbahaya, pihak berkuasa, renang berirama, berhalangan, bertujuan, berfikiran, berperanan, dan berkaitan;

4 apb bergabung dgn kata tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan pd diri sendiri, mis berdandan, bercukur, bersolek, bercermin, berdiang, berdiet, bergambar dan berjemur;


Untuk mendapatkan keseluruhan pecahan makna imbuhan ini, pengguna disarankan memiliki Kamus Dewan Perdana.
Lain-lain24.06.2021

Kembali ke atas