Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.pis] | برلاڤيس

Definisi : menggunakan lapis, memakai lapis: di pinggang perak ~, di dada bintang me­nabur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.pis] | برلاڤيس

Definisi : mempunyai atau terdapat lapis: Barang-barang itu disusun satu-satu, tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlapis

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Bunga kembang berlapis-lapis;
Lagu canggung lagu asli,
     Lagu asal negeri Perlis.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KIPAS LANAR

Kipas lanar ialah mendapan kelodak, pasir,

batu kerikil yang berlapis-lapis dan berselang-seli

dengan bahan lain. Pada umumnya garis susur

lanar berbentuk kipas.

UMUM 
MALAKIT

Malakit ialah bijih kuprum yang hijau lagi cantik.

Bijih ini terdiri daripada kuprum oksida, karbon

dioksida, dan air. Rumus kimianya ialah

2CuO.CO2.H 2O. Malakit berbentuk berlapis-lapis

dengan warna yang berbeza-beza, daripada hijau

epal hingga kepada kelabu-hijau gelap.

UMUM 
LIPATAN

Lipatan dalam bidang geologi ialah sejenis bentuk kedutan seperti gelombang, berlaku pada batuan berlapis akibat tindakan daya di muka bumi.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SERUNAI

SERUNAI, alat muzik jenis tiupan berpipit. Alat muzik ini dikatakan ditiru daripada  serunai berpipit  kembar dari Timur Tengah yang dipanggil ‘Surnay’.  Serunai mempunyai pipit berlapis-lapis dan susunan pelidahnya mempunyai dua lapisan kembar sebanyak empat lapis.  Pelidahnya diperbuat daripada daun lontar atau daun thai yang dipanggil pipit.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas