Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ri] | برلاري

Definisi : bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~(-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ri] | برلاري

Definisi : bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ri] | برلاري

Definisi : bergerak dgn langkah yg pantas (lebih cepat drpd berjalan): Dapatkah kamu mengejar kuda yg ~? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lari
Kata Terbitan : berlari, selari, menyelarikan, keselarian, melarikan diri, larian, pelarian, pelari,

Puisi
 

Yang berlari sangat pantas,
     Yang menang sangat bertuah;
Yang memberi tangan di atas,
     Yang menerima tangan di bawah.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Kalau guru makan berdiri,
     maka muridnya makan berlari.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat yang berikut betul? 1. Macam ini berlari. 2. Berlari macam ini. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Macam ini cara untuk berlari.Tatabahasa05.03.2018
(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan?Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.04.2012
Selamat pagi, tuan. Berkenaan dengan kata kerja transitif dan tak transitif. (2 soalan) 1. merangkak - kata kerja tak transitif? Contoh Ayat(a) : Adik yang berumur 6 bulan sudah pandai merangkak. (b): Dia merangkak di bawah pokok. Adakah kedua-dua ayat penggunaan merangkak adalah betul? 2. bertempiaran - Adakah bertempiaran ialah kata kerja tak transitif? - Dia berlari bertempiaran. salah? kerana berlari : berlari (kata kerja) + bertempiaran(kata kerja) sepatutnya menjadi : lari bertempiaran. Dengan demikian, lari sekarang menjadi kata kerja dan bertempiaran ialah kata adverd. Adakah pemahaman saya ini betul? harap pencerahan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

1. Perkataan “merangkak” merupakan kata kerja tak transitif. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul.

2. Perkataan “bertempiaran” ialah kata kerja tak transitif. Walau bagaimanapun, contoh ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah “Mereka bertempiaran apabila dikejar anjing.” Perkataan “berlari” tidak perlu digunakan kerana “bertempiaran” sudah membawa maksud berlari ke sana ke mari dengan tidak tentu arah atau haluan.

Tatabahasa21.04.2022
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Adam berlari ulang-alik sambil menyentuh skital. 2. Adam menyentuh skital sambil berlari ulang-alik. 3. Siti dan Mimi melambung dan menyambut bola sambil berlari. 4. Siti dan Mimi berlari sambil melambung dan menyambut bola. 5. Lukisan yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka. terima kasih.Ayat pertama hingga ayat keempat betul, manakala ayat kelima perlu diperbetulkan menjadi Lukisan yang dipamerkan itu cantik belakaTatabahasa27.03.2012
Mereka berlari menuju / menuju ke arah kantin.Ayat yang betul ialah mereka berlari ke arah kantin atau mereka berlari ke kantin.Tatabahasa25.03.2010
1. Berlari sambil makan 2. Makan sambil berlari. Tuan, berdasarkan dua ayat di sebelah, adakah kedua-dua ayat ini mempunyai perbezaan? Atau dua ayat itu seerti?Untuk makluman puan,sambil merupakan kata hubung gabungan. Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungjab dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 251 untuk lebih lanjut.


Contoh frasa yang diberikan tidak gramatis kerana masyarakat kita tidak mengamalkan amalan berlari sambil makan atau makan sambil berlari.
Tatabahasa24.02.2015
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa pertanyaan. 1. bau yang harum atau harum baunya betul? berkembang dengan pesatnya atau pesat berkembang betul? berlari dengan pantas atau berlari dengan pantasnya betul? 2. Mereka mengemas bilik tidur atau mereka mengemaskan bilik tidur betul? 3. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya atau saya telah dihadiahi oleh ibu seutas jam tangan pada hari jadi saya betul? 4. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan. Adakah ayat ini betul? 5. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. Adakah ayat ini betul? Terima kasih atas jawaban tuan.

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1.    1. Bau yang harum/harum baunya  

2.    2. Berkembang dengan pesatnya/pesat berkembang

3.    3. Berlari dengan pantasnya

4.    4. Mereka mengemas bilik tidur/mereka mengemaskan bilik tidur

5.    5. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya

6.    6. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan

7. 7 7. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini.

Tatabahasa15.07.2021
Saya ingin tahu Peribahasa yang mana lebih tepat. "Di padang orang berlari-lari di padang sendiri berjengkek-jengkek atau "di padang orang berlari-lari, di padang sendiri berjingkit-jengkit"Jawapan yang betul ialah Di padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat bahasa DBP.Lain-lain28.10.2006
1. Sekiranya 'untuk' boleh digunakan pada pangkal ayat, mengapakah pula pemeriksa UPSR tidak menerima ayat bermula dengan 'untuk'. Apakah rasionalnya, sedangkan sekolah menengah memang boleh? 2. Adik berlari dengan pantas. Adik berlari dengan pantasnya. Kedua-dua ayat ini mana satu yang betul.1. Perkataan "untuk" boleh digunakan pada  permulaan ayat. Contoh:  Untuk siapakah hadiah itu? DBP tidak mempunyai maklumat mengenai soalan dan jawapan yang diterima dalam peperiksaan UPSR.

2. Ayat yang betul ialah Adik berlari dengan pantas.
Tatabahasa06.07.2016
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Anjing berlari pantas tetapi kura-kura merangkak perlahan. berbanding dengan ayat kedua seperti di bawah: 2. Anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura merangkak dengan perlahan. Bolehkah ayat pertama digunakan sebagai ayat yang bagus? Terima kasih.
Ayat yang gramatis ialah anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura bergerak dengan perlahan.
Lain-lain17.01.2018
1234567

Kembali ke atas