Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.rut.la.rut] | برلاروت-لاروت

Definisi : berpanjang-panjang (perbual­an dll), melarat-larat: selepas itu perbahasan terus ~ hingga jauh malam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.rut.la.rut] | برلاروت-لاروت

Definisi : terus-menerus (ttg sesuatu keadaan, kejadian dsb); berlarat-larat; berpanjang-panjang: Perbualan mereka ~ sampai jauh malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larut (kata kerja)
Bersinonim dengan hancur, cair, meresap;,
Kata Terbitan : berlarut-larut, berlarutan, melarutkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hi, saya nak tanya apa maksud berlarut-larut di ayat berlarut-larut berpura-pura sempurna yang dalam lirik lagu Jiwa yang bersedih. Boleh kita gunakannya dalam karangan atau apa ketika peperiksaan?

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1256, perkataan berlarut-larut ialah kata kerja tak transitif yang membawa maksud berlarutan. Perkataan berpura-pura (halaman 1777) pula membawa maksud berbuat seakan-akan (seolah-olah), melakukan diri seperti seseorang yang bukan dirinya.

Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam karangan mengikut konteks dan kesesuaian ayat.

Dalam konteks lirik yang diajukan, teks tersebut mungkin membawa maksud perlakuan berpura-pura yang berterusan kerana karya sastera mempunyai tafsiran makna yang luas dan tiada had pemaknaan.  

Tatabahasa30.04.2024

Kembali ke atas