Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ru.tan] | برلاروتن

Definisi : berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dll), berpanjangan: pemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut ~ sehingga beberapa bulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ru.tan] | برلاروتن

Definisi : berlanjutan atau berpanjangan (bkn perbualan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larut (kata kerja)
Bersinonim dengan hancur, cair, meresap;,
Kata Terbitan : berlarut-larut, berlarutan, melarutkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ayat songsang untuk ayat-ayat berikut. (a) Pengacara meminta para tetamu untuk duduk kerana acara akan bermula tidak lama lagi. (b) Pihak berkenaan perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras kes cetak rompak daripada berlarutan.Dalam bahasa Melayu, terdapat dua proses pendepanan prediket, iaitu: pendepanan seluruh predikat dan pendepanan sebahagian daripada predikat. Melalui pendepanan sebahagian daripada predikat juga boleh dengan cara pendepanan kata kerja sahaja, pendepanan kata kerja dengan objek dan pendepanan kata kerja dengan kata bantu. Contohnya: a) Meminta para tetamu untuk duduk pengacara kerana acara akan bermula tidak lama lagi. b) Perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras kes cetak rompak sebelum berlarutan pihak berkenaan. Tatabahasa08.11.2015
Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya apakah terjemahan Bahasa Melayu untuk perkataan 'gaslighting'. Literalnya 'gaslight' bermaksud lampu gas. Di dalam bidang psikologi, istilah gaslighting merujuk kepada satu bentuk manipulasi yang digunakan oleh manipulator kepada mangsa hingga mangsa mempersoalkan memori, realiti dan kewarasan mereka sendiri. Manipulator biasanya adalah orang yang percayai oleh mangsa. Oleh kerana keadaan ini berlarutan dalam waktu yang lama mangsa tidak sedar dirinya telah dimanipulasi. Harap dapat pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

gaslighting - perdayaan mental

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain09.11.2021
Mana satu lebih gramatis? Mengenakan tindakan atau mengambil tindakan? Pensyarah saya beritahu yang mengenakan tindakan lebih gramatis.

Kedua-dua frasa, iaitu mengenakan tindakan dan mengambil tindakan betul dan gramatis bergantung pada konteks penggunaannya. Kamus Dewan antara lain memberikan makna frasa mengambil tindakan ialah mula bertindak.  Contoh ayat: Kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras kes cetak rompak sebelum berlarutan.  

Dalam Kamus Dewan, maksud ke-2 mengenakan ialah mewajibkan seseorang mematuhi atau mengikuti sesuatu peraturan; membebani seseorang dengan sesuatu. Contoh ayat: Sekolah mengenakan tindakan disiplin buang sekolah terhadap pelajar yang didapati bersalah merokok di dalam kawasan sekolah.

Tatabahasa28.09.2018
Mohon pencerahan.. 1.Ampun, tuanku. Patik menjunjung kasih. 2. Baiklah, tuanku.Patik menjunjung kasih. Ayat pertama atau ayat kedua yang betul?@ kedua2 diterima sebagai jawapan.. 3.Penggunaan tanda baca koma. Dalam buku teks bm tahun 6 sjkc, ms 82. Penggunaan koma pada setiap perktaan yg terdiri daripada kategori yg sama perlu dibubuh koma. Contoh ayat, emak menjual sayur kangkung, bayam, sawi, dan terung. Tetapi Jika dlam buku teks tahun 6 ayat jati diri, kewarganegaraan, dan patriotisme. Namun, dalam ms 83 ayat yang sama, tanda koma tidak di bubuh..Mohon pihak DBP semak akan hal ini agar tidak menimbulkan kekeliruan semasa menyampaikan Pdp..Terima kasih..Selamat petang.

1. Ayat 1 dan 2 betul.
2. Penggunaan tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah unsur-unsur kata dan frasa yang berlarutan. Oleh itu, sepatutnya tiada tanda koma pada frasa tersebut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa02.08.2016

Kembali ke atas