Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ru.tan] | برلاروتن

Definisi : berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dll), berpanjangan: pemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut ~ sehingga beberapa bulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ru.tan] | برلاروتن

Definisi : berlanjutan atau berpanjangan (bkn perbualan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larut (kata kerja)
Bersinonim dengan hancur, cair, meresap;,
Kata Terbitan : berlarut-larut, berlarutan, melarutkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
attritionkeciciran; berlarutanSejarahTiadaTiada
long-tailed COVID-19COVID-19 berlarutanKesihatan AwamTiadaPelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala.
lingering shottangkap lengahKomunikasiTiadaTangkapan panjang yang berlarutan dalam sesuatu adegan.
chronic diseasepenyakit kronikPerikananAkuakulturPenyakit pada ikan yang berlarutan dan sukar sembuh. Penyakit kronik boleh menunjukkan tanda-tanda klinikal atau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda klinikal.
chronic pain syndromesindrom nyeri kronikPerubatanTiadaKeadaan nyeri yang berlarutan atau berpanjangan dengan kesan psikologi. Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan penyakit barah dan saraf kronik seperti barah pankreas, limpa, hati, tulang dan gaster.
acute loadingpembebanan akutSains SukanBiomekanikAplikasi daya tunggal yang berupaya mengakibatkan kecederaan tisu. Contohnya, set latihan yang terlalu banyak dan berlarutan dalam jangka panjang boleh menyebabkan kecederaan kepada individu, seterusnya membawa kepada penurunan prestasi.
ageing of concretepenuaan konkritKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses pengerasan konkrit yang berlaku di dalam jangka masa yang panjang. Tindak balas kimia di antara simen dan air akan berlarutan bertahun-tahun lamanya yang mengakibatkan konkrit terus mencapai kekuatan.
wasting syndromesindrom susut badanAIDSTiadaKeadaan susut berat badan yang dialami oleh pesakit HIV/AIDS sehingga 10% daripada berat badan asal. Tanda-tanda lain termasuk diarea kronik, keletihan kronik dan demam berlarutan sehingga melebihi 30 hari.
flame propagationperambatan nyalaKejuruteraan AutomotifEnjinPengembangan bahagian hadapan campuran udara-bahan api yang sedang terbakar. Semasa pembakaran, sebatian hidrokarbon dalam bahan api bertindak balas dengan oksigen dari udara pengambilan dan seterusnya membebaskan tenaga. Proses ini berlarutan sehingga pembakaran selesai dan menghasilkan lejang kuasa. Sinonim perambatan depan nyala.
twenty-four hours clausefasal dua puluh empat jamPentadbiran PerniagaanTiadaFasal di bawah polisi kargo marin, biasanya untuk barang yang disejukkan, yang menetapkan bahawa kelewatan merupakan peril yang diinsuranskan, termasuk risiko kerosakan peralatan. Fasal ini juga menghendaki sesuatu kerosakan mesti berlarutan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tuntutan boleh dibayar.
12

Kembali ke atas