Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.tar] | برلاتر

Definisi : mempunyai latar, bertanah, berdasar: kain batik itu ~ warna hitam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlatar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan. Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifiken pada elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jatidiri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi.
[(Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan.) Ayat ini tergantung kerana tiada subjek.]
Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifikan dengan elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jati diri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi.
Tatabahasa23.05.2014
1. kain itu (berlatar, berlatarkan ) warna gelap. 2.pihak Badan Pencegah Rasuah telah ( mengumpul , mengumpulkan ) maklumat tentang pembelian kereta itu.yang mana satukah yang betul? 3.tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu kerana prinsip perjuangannya berbeza. Apakah kesalahan ayat ini? 4. i)mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital oleh pemandu teksi itu. ii) mangsa kemalangan itu dikejar oleh pemandu teksi itu ke hospital. yang mana satukay yang betul? sila beri tunjuk ajar. terima kasih.

1. Kain itu berlatar warna gelap.

2. Pihak Badan Pencegah Rasuah telah mengumpulkan maklumat tentang pembelian kereta itu.

3. Ayat yang betul ialah: Tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu walaupun prinsip perjuangannya berbeza. 

4. Ayat yang betul ialah : Mangsa kemalangan itu dikejarkan ke hospital oleh pemandu teksi itu.

Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa25.05.2010
Petinju atau peninju? Berlatar belakangkan atau berlatarbelakangkan?
Menurut data kami, maksud petinju ialah orang yang berlawan tinju; ahli tinju manakala maksud peninju ialah 1 orang yang meninju. 2 genggaman tangan untuk meninju; tinju. Berlatarbelakangkan ditulis sebagai satu perkataan apabila diimbuhkan dengan awalan ber...kan, jika latar belakang ditulis terpisah.
Tatabahasa06.10.2016
Selamat siang Bapak/ Ibu, Saya berasal dari Singapura, dan penggunaan Bahasa Melayu di sini mungkin sedikit berbeza dengan di Malaysia. Saya mahu bertanya cara yang benar ejaan "makcik". Di mana Nasihat DBP menyatakan bahawa ejaan yang benar ialah "mak cik" degna menggunakan spasi. Di Singapure, perkataan ini umum di gunakan, dengan bermakna "emak kecil", di mana "kecil" di sebut dengan "kecik". Dan bukan "emak encik". Sila rujuk : 1955 R.J. Wilkinson A Malay–English Dictionary, vol. 1, 225 ( http://www.mysmu.edu/faculty/jacklee/singlish_M.htm ) Ini saya percaya berlatar-belakangkan istliah "bulek" untuk orang keturunan Jawa yang di singkatkan dr "ibu cilik". Oleh kerana DBP Malaysia adalah sumber rujukan perusahaan kami, maka saya mahu bertanya soalan seperti berikut: 1. Bagaimanakah ejaan perkataan "makcik/ mak cik" ini kalo di gandakan? Adakah mak cik-mak cik/ makcik-makcik/ mak cik makcik? 2. Kalau di gabung dengan "ku", bagaimana pula? mak cikku/ makcikku/ mak cik ku? 3. Begitu juga dengan perkataan "pakcik". Sekian saja, salam hormat dan terima kasih saya. Ahmad ShahEjaan yang betul ialah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik. Sedikit penjelasan berhubung jawapan kami sebelum ini. Gelaran mak cik dan pak cik lazimnya merujuk ibu saudara dan bapa saudara. Walau bagaimanapun gelaran ini juga diberikan kepada orang yang lebih tua.Ejaan11.03.2020
apakah fungsi sastera moden?

Antara fungsi sastera moden ialah:

1.   Untuk mendidik  -  unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein).

2.   Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang.

      -   Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang.

      -   Novel-novel perjuangan.

3.   Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai.

4.   Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman

      sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara - karya terjemahan - Madu

      Dalam Saringan, Ranjau Sepanjang Jalan).

5.   Berfungsi sebagai menghibur.

 Sekian dan salam. 

 

Lain-lain28.03.2009
apakah konsep,fungsi,ciri-ciri dan bentuk sastera moden

Salam. Berhubung dengan soalan tersebut, sdr. boleh mendapatkan maklumat lengkap dengan merujuk kepada buku berjudul Sejarah Kesusasteraan Melayu - Siri Lestari Sastera, terbitan DBP 2006. Sehubungan itu, antara fungsi dan peranan sastera ialah:

1.   Untuk mendidik  -  unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein). 

2.   Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca atau pengarang. Contoh  -  puisi-puisi merdeka  mengetengahkan semangat berjuang dan juga novel-novel perjuangan.

3.   Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai.

4.   Berfungsi sebagai alat perjalanan (pELANCONGAN) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman sebenar tanpa perjalanan fizikalasebenar. Contoh  -  karya berlatar luar negara - karya terjemahan seperti Madu Dalam Saringan, rRanjau Sepanjang Jalan

5.   Berfungsi sebagai menghibur.  

Sekian dan wassalam.

Lain-lain14.03.2009

Kembali ke atas