Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg latar belakang: setelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang tamu ~ dinding atau sebagainya; novel yg ~ desa Gunung Bayu ini dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau seorang ketua kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlatarbelakangkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puisi Jepun berlatarbelakangkan gambar dikenali sebagai *Haiga. Sebarang puisi Melayu yang berlatarbelakangkan gambar boleh digelar sebagai apa? Adakah *puisigraf sesuai?Salam sejahtera,

Puisi Melayu yang berlatarbelakangkan gambar.

Haiga ialah seni estetika Jepun yang menggabungkan seni visual (lukisan) yang disertai dengan puisi. Di Malaysia, Balai Seni Visual Negara telah menerbitkan Koleksi Puisi (2012) yang diilhami daripada seni lukisan. Puisi yang diilhami daripada lukisan atau              visual  setakat ini dinamai sebagai  "puisi nukilan".

Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.07.2021
adakah 'berlatarbelakangkan' itu tergolong dlm kata kerja tak transitif berpelengkap?Apitan beR-...-kan membentuk kata kerja tak transitif (berlatarbelakangkan) yang memerlukan pelengkap.Tatabahasa26.03.2012
Petinju atau peninju? Berlatar belakangkan atau berlatarbelakangkan?
Menurut data kami, maksud petinju ialah orang yang berlawan tinju; ahli tinju manakala maksud peninju ialah 1 orang yang meninju. 2 genggaman tangan untuk meninju; tinju. Berlatarbelakangkan ditulis sebagai satu perkataan apabila diimbuhkan dengan awalan ber...kan, jika latar belakang ditulis terpisah.
Tatabahasa06.10.2016
Apakah maksud a terpesot b terngilai-ngilai c berlatarbelakangkan ( perkataan ini adalah sambung bersama?) d tersenguk-senguk terima kasih.

a. perkataan terpesot tiada dalam rujukan kami. Sila pastikan ejaan sebenar.

b. terngilai-ngilai ialah ketawa dengan kuat dan nyaring bunyinya

c. berlatarbelakangkan ditulis sebagai satu perkataan apabila diimbuhkan dengan awalan ber...kan, jika latar belakang ditulis terpisah.

d. tersengguk-sengguk ialah kepala bergerak ke depan atau ke belakang, seperti keadaan orang mengantuk dan sebagainya.

Tatabahasa21.06.2010
Sumber ayat adalah berlatarbelakangkan persingan Parlimen. Apakah bentuk ejaan 'kerajaan' dan pembangkang' perlu menggunakan huruf besar pangkal perkataan seperti contoh ayat yang berikut; "Pihak kerajaan menang dalam undi belah bahagi yang dicadangkan oleh pihak pembangkan" Sekian terima kasih.

Perkataan kerajaan dan pembangkang tidak perlu dieja dengan huruf besar kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, jika perkataan tersebut digandingkan dengan nama tempat, negeri atau yang seumpamanya, maka perkataan tersebut menjadi kata nama khas dan perlu dieja dengan huruf besar. Contohnya, Kerajaan Malaysia.

Ejaan11.01.2022
Walaupun saya sudah rujuk banyak buku rujukan tetapi tiada buku yang dapat menjelaskan imbuhan meN...i dan meN...kan dengan teliti. Bilakah kita guna imbuhan meN...i dan meN...kan ? Bagaimanakah kita dapat bezakan? Adakah imbuhan -kan mesti diikuti dengan kata nama konkrit? Contoh: "rumah itu berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi" -Pemandangan ialah kata nama abstrak tetapi perkataan depan juga menerima -kan. Adakah cara yang paling bagus untuk menentukan imbuhan -kan dan -i?1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, hal 207 (d) seakan membenarkan kenyataan saudara, "Pada dasarnya sukar ditentukan makna khusus apitan meN-...-i, selain membentuk kata kerja transitif dan mendukung makna asas yang terkandung dalam kata dasar.Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, fungsinya dapata dibahagikan kepada tiga"... untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkenaan pada halaman yang dinyatakan, sebelum dan selepasnya juga.  2. Dalam contoh ayat Kamus Dewan kata terbitan dengan imbuhan ...-kan tidak semestinya diikutidengan kata nama konkrit, ... berlatarbelakangkan desa ..., walau bagaimanapun perbincangan lanjut tentang imbuhan ...-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan hal 185 - 191.  3.Panduanuntuk penggunaan kata terbitan imbuhan ...-kan dan ...-i.sila rujuk Tatabahasa Dewan, hal 183 - 190.Tatabahasa04.08.2008
Saya sedang menterjemah beberapa teks bahasa arab berkaitan Rasulullah. soalan saya, adakah sesuai saya menterjemah "Anta" yang ditujukan kepada Rasulullah dengan "Paduka Tuan". seterusnya, adakah sesuai sekiranya perkataan "syurga" dalam konotasi Islam saya terjemahkan sebagai inderaloka. terima kasih.

Untuk konteks terjemahan yang melibatkan Rasulullah, "Paduka Tuan" tidak sesuai digunakan. Gelaran ini lebih sesuai dengan contoh teks berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan penggunaan gelaran ”Ya Rasulullah”, atau nama sahaja seperti “Wahai Muhammad” bergantung pada kesesuaian konteks ayat.

 

Untuk "syurga" juga tidak sesuai dipadankan dengan “inderaloka” kerana istilah ini juga lebih sesuai untuk teks yang berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan untuk kekal menggunakan istilah “syurga” atau “jannah”.

Penyemakan dan penterjemahan05.09.2023
Mengapa dalam kalangan masyarakat kita gemar mengeja Ramadhan berbanding Ramadan ?

Tuan,

Barangkali banyak sebab yang mendorong masyarakat kita mengekalkan ejaan "Ramadhan" berbanding yang diterima pakai hari ini iaitu "Ramadan".

1. Faktor tidak tahu. Mereka beranggapan bahawa ejaan 'Ramadhan' yang paling standard disebabkan oleh pengaruh atau terbiasa dengan ejaan lama.

2. Faktor buat-buat tidak tahu. Mereka terdiri daripada golongan yang mahu padanan huruf 'dod' kekal ditransliterasikan sebagai 'dh' atas alasan mengeja kata serapan Arab. Biasanya golongan berlatarbelakangkan agama.

 

Penyelidikan05.09.2010
Aduan : Semakan kembali perkataan "Lahiriah ; Ar" "laif Ar : Daif" Laik Ar : layak, patut, padan -adakah benar dari perkataan Bahasa Arab? Pada pengetahuan saya, huruf `Ain (jawi) adalah ditulis dengan tanda komar di atas sebelum atau selepas huruf A atau I bagi membezakan dengan perkataan dan sebutan huruf lain. Contoh : "Faal Ar perlu ditulis dengan Fa`al" Begitu juga dengan Huruf Qof (Jawi) perlu dibezakan dengan huruf Kaf(Jawi) dengan Huruf Qof (Q) dan Huruf Kaf (K) "Lakab Ar perlu ditulis dengan perkataan Laqab" Cadangan saya , DBP menyemak kembali perkataan dengan tanda Ar bagi memudahkan sebutan dan penggunaan orang awam yang tiada latarbelakang Bahasa Arab dapat menggunakan dan menyebut dengan betul. Rujukan pakar adalah amat perlu yang berlatarbelakangkan Bahasa Arab. Terima kasihPandangan puan akan kami salurkan kepada bahagian yang berwenang di DBP. Untuk makluman puan, dalam konteks umum perkataan yang diambil daripada bahasa Arab diselaraskan ejaannya dengan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Walau bagaimanapun sistem ini tidak terpakai bagi perkataan daripada bahasa Arab yang menjadi istilah agam dan digunakan dalam konteks khusus yang berkaitan dengan pengajian Islam. Dalam Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi, perkataan Arab yang menjadi istilah agama dan digunakan dalam konteks pengajian Islam hendaklah menggunakan sistem transliterasi sepenuhnya. Contohnya huruf "tha" dalam ejaam umum digantikan dengan huruf "s" tetapi transliterasi menggunakan huruf "th" seperti thabit.Lain-lain25.07.2013

Kembali ke atas