Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg latar belakang: setelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang tamu ~ dinding atau sebagainya; novel yg ~ desa Gunung Bayu ini dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau seorang ketua kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlatarbelakangkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mosaicmozekBiologiPatologiGejala berupa tompok-tompok kecil yang telah mengalami perubahan warna yang berlatarbelakangkan warna asalnya. Contohnya penyakit virus mozek tembakau (TMV), yang menampakkan tompok-tompok warna kuning pucat pada daun, yang berlatarbelakangkan warna hijau.
blueprint processproses diazoPendidikanTiadaProses mendapatkan beberapa salinan lukisan garis, biasanya garis putih berlatarbelakangkan warna biru. Sinonim: proses diazo.
diazo processproses diazoPendidikanTiadaProses mendapatkan beberapa salinan lukisan garis, biasanya garis putih berlatarbelakangkan warna biru.
pokokpokokKesenianTiadaMotif batik berunsur tumbuhan berbentuk pokok yang mempunyai dahan, ranting, daun dan bunga serta berlatarbelakangkan pahat pasir, terdapat pada batik sarung.
direct motiongerakan langsungMatematikTiadaGerak sesuatu planet atau objek yang kelihatan bergerak dari barat ke timur seperti yang dilihat dari bumi dengan berlatarbelakangkan bintang.
fantasyfantasiKesusasteraanTiadaKarya yang dihasilkan dengan memasukkan unsur pelarian dan realiti secara sedar yang biasanya dihubungkaitkan dengan cerita khayalan. Karya fantasi biasanya berlatarbelakangkan dunia yang dikhayalkan atau dunia utopia. Karya fantasi boleh direka agar mematuhi ciri-ciri karya biasa seperti dalam cerita bertajuk Lord of the Rings (1954-1955) oleh Tolkien, atau karya fantasi yang diwarnai oleh latar mimpi seperti dalam karya pengembaraan bertajuk Alice�s Adventures in wonderland oleh Lewis Caroll. Kedua-dua jenis fantasi ini boleh ditafsirkan secara simbolik atau alegori. Karya fantasi ditulis untuk menghiburkan atau sebagai satira untuk institusi sosial masyarakat. Karya fantasi merangkumi beberapa genre kesusasteraan seperti cerita dongeng, cerita dewa-dewi, roman kesateriaan dan fiksyen sains. Unsur fantasi juga boleh ditemui dalam perfileman seperti 2001: A Space Odyssey, atau dalam siri televisyen seperti Star Trek. Lihat juga fantastik.
haze horizonufuk jerebuGeologiTiadaBahagian atas lapisan jerebu yang dibatasi pembalikan suhu asas rendah dan tampak seperti ufuk apabila dilihat dari atas dan berlatarbelakangkan langit.
haze horizonufuk jerebuSainsHidrometeorologiBahagian atas lapisan jerebu yang dibataskan oleh pembalikan suhu aras rendah dan tampak seperti ufuk apabila dilihat dari atas dan berlatarbelakangkan langit. Dalam keadaan ini, ufuk yang sebenar biasanya dikaburi oleh lapisan jerebu.
fibrilsgentian/fibrilMatematikTiadaTetali gas yang kebanyakannya bergaris mengufuk di dalam bahagian bawah kromosfera matahari - biasanya 11 000 km panjang dan 725 - 2200 km lebar - yang kelihatan sebagai ciri serapan gelap yang berlatarbelakangkan cakera yang lebih cerah daripadanya.
noctilucent cloudawan malamSainsHidrometeorologiAwan yang tidak diketahui gabungannya yang terdapat sangat tinggi. Pengukuran fotometri mendapati bahawa awan ini terletak antara 75 � 90 km. Awan ini menyerupai sirus nipis tetapi biasanya berwarna kebiruan atau keperakan, walaupun kadang kala berwarna jingga kemerahan, dan jelas kelihatan berlatarbelakangkan langit malam yang gelap. Awan ini sangat jarang kelihatan dan jika kelihatan, hanya pada waktu senja, tertutamanya apabila matahari berada antara 5�C � 13�C di bawah ufuk. Awan ini hanya pernah dicerap dalam bulan musim panas di kedua-dua hemisfera (antara latitud 50 � 75� U dan 40 � 60�S), dan hanya di setengah bahagian jalur latitud ini. Awan ini bergerak dengan cepat, umumnya dari timur laut atau timur dengan kelajuan umumnya berjulat antara 50 � 250 meter per saat.

Kembali ke atas