Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.tih] | برلاتيه

Definisi : memahirkan diri: ia sedang ~ menjadi nakhoda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.tih] | برلاتيه

Definisi : membiasakan atau memahirkan diri dlm sesuatu bidang: Ia sentiasa ~ bernyanyi di rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlatih

Peribahasa

Pasar jalan kerana diturut,
     lancar kaji kerana diulang.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami "berlatih" badminton atau kami " melatih " badminton? Manakah satu ialah jawapan yang paling betul? Apakah perbezaan " berlatih " dan " melatih"? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Kami berlatih badminton". Berlatih bermaksud "memahirkan diri", ayat "Kami berlatih badminton " bermaksud kami memahirkan diri dengan permainan badminton, manakala melatih bermaksud "mengajar atau mendidik supaya mahir", ayat "Kami melatih badminton" bermaksud kami mengajar atau mendidik badminton, jelas sekali ayat ini tidak tepat maknanya.Tatabahasa22.06.2009
Julia selalu berlatih badminton di gelanggang. Betul?

Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa17.05.2015
1. berlatih menari...frasa ini betul? 2. berlatih persembahan tarian ...frasa ini betul?Kedua-dua betul.Tatabahasa09.11.2016
Merujuk jawapan tuan bagi soalan 31.`saya sedang berlatih lumba berlari. Merujuk kamus Dewan m/s 965. `lumba lari` adalah lebih tepat. Apakah pendapat tuan ?Yang betul ialah "saya sedang berlatih lumba lari", kerana lumba lari ialah kata nama yang tidak memerlukan imbuhan.Tatabahasa18.04.2009
Terima kasih atas bimbingan dan kesanggupan tuan meluangkan masa menjawab soalan saya selama ini. Soalan saya kali ini ialah : (a) Betulkah ayat "Saya berlatih berlari" kerana kata kerja wujud berturutan ?

Puan Wong,

 Ayat puan boleh dibina dengan tepat seperti yang berikut:

      (a)  Saya sedang berlatih lumba berlari.

Nota: Ayat yang puan berikan (saya berlatih berlari) lazimnya merupakan ayat berdailog/lisan bukan ayat dalam bentuk penulisan. Tambahan pula, kata berlatih ada hubungkaitnya dengan sukan lumba seperti berlari, berenang, perahu dan sebagainya.  Oleh hal yang demikian, dalam penulisan perlu dinyatakan jenis sukan tersebut, iaitu lumba berlari sebagai kenyataan keterangan kata kerja/perbuatan.

Tatabahasa15.04.2009
salam sejahtera. Soalan: Arun dan kawannya berlatih bermain catur pada sesetengah petang. Adakah penggunaan kata bilangan "sesetengah" itu betul? Terima kasih.Perkataan "sesetengah" tidak betul digunakan dalan ayat tersebut dan boleh diganti dengan perkataan lain contohnya "waktu" petang / "sebelah"  petang.Tatabahasa24.07.2019
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih / melatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 5. 6. Aktiviti sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada / di penyidai. 8. Pohon / Pohon-pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas radang sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. Terima kasih.Ayat yang disenaraikan ini betul, iaitu:
1. Batu ialah objek yang padu.
2. Beliau seorang pakar mata.
3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi.
4. Penari itu sedang berlatih tarian baharu.
5. Pengali dalam 3x5 ialah 3.
6. Aktiviti ... sudah sampai ke penghujung.
7. Ibu menyidai baju pada penyidai.
8. Pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat.
9. Adik panas badan sejak malam tadi.
10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai.
Tatabahasa11.03.2013
saya rohimah toanongo sedang belajar di universiti fatoni kelas dasar,saya ingin bertanya tentang perkataan 'Guru' berasal dari bahasa apa dan apakah pengertiannya dan terimakasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat guru membawa maksud : orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920.Makna22.09.2014
Salam sejahtera, tuan, Merujuk kepada buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 (SJK) (terbitan DBP tahun 2004) halaman 33 yang mengandungi aktiviti menyusun semula ayat-ayat yang berikut mengikut susunan yang betul, 1. Jurulatih banyak memberikan tunjuk ajar kepada Ying Xi. 2. Ying Xi amat meminati acara sukan gimnastik. 3. Ibu bapa Ying Xi yakin bahawa suatu hari kelak anak mereka akan mewakili negara. 4. Dia belajar gimnastik sejak tahun satu. 5. Mereka sentiasa memberikan galakan kepada Ying Xi supaya rajin berlatih. 6. Jurulatihnya itu seorang bekas gimnas negara. 7. Bakat Ying Xi semakin menyerlah dan meningkat maju. Guru BM memberikan jawapan - 2, 4, 3, 5, 6, 1, 7. manakala guru BM lain memberikan jawapan - 2, 4, 6, 1, 7, 3, 5. Jadi, apakah jawapan yang tepat, tuan? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,
Pihak puan/tuan perlu merujuk guru yang berkenaan bagi memperoleh jawapan yang tepat. Sekian, terima kasih.
Lain-lain08.03.2012
Adakah perkataan lancar digunakan dengan betul? 1. Aktiviti itu berjalan dengan lancar. 2. Dia boleh bercakap dengan lancar. 3. Perjalanan ke kampung itu lancar. 4. Kereta itu bergerak dengan lancar.Kamus Dewan Edisi Keempat, mentakrifkan perkataan lancar sebagai terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih. Oleh itu,  berdasarkan keterangan tersebut, contoh ayat 1-4 yang saudara kemukakan itu betul. Tatabahasa11.03.2010
12

Kembali ke atas