Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.le.bih] | برلبيه

Definisi : 1. ada lebihnya, berbaki, bersisa: pendapatannya ~ drpd perbelanjaannya; 2. terlalu banyak, banyak sangat: menempatkan semula penduduk yg ~ di Pulau Jawa; ~ kurang bertolak ansur (dgn kawan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.le.bih] | برلبيه

Definisi : 1 ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2 banyak sangat: Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Peribahasa

Cakapan sejengkel dibawa sehasta.

Bermaksud :

Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sejengkal menjadi sehasta).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
over writingtulisan berlebihanKesusasteraanTiadaKecacatan gaya penulisan akibat penggunaan kata yang berlebih-lebihan. Penggunaan kata berlebih-lebihan adalah berbunga-bunga, janggal, tidak harmonis, menyakitkan mata apabila membacanya, dan tidak memperlihatkan kepekaan terhadap bahasa. Kecacatan ini disengajakan untuk mendapat kesan tertentu dalam penulisan. Sekiranya tidak disengajakan, penulisan boleh menjadi melodramatik, kasar, dan lewah.
stylised actinglakonan berlebih-lebihanKesusasteraanTiadaLakonan yang berlebih-lebihan terutamanya dalam teater, makyung dan bangsawan. Lakonan ini biasanya terkeluar dariapda lakonan yang bersifat realistik. Lihat juga bangsawan, makyung.
over readingtafsiran berlebihanKesusasteraanTiadaTaksiran keterlaluan daripada pembaca melalui proses pembacaan. Pembacaan yang berlebih-lebihan khususnya dalam teks sastera mendorong pembaca atau pentafsir mencari makna yang tidak hadir dalam teks tersebut, atu berasaskan fantasinya semata-mata. Menurut pengkritik William Empson, unsur ketaksaan dalam teks yang dikaji secara keterlaluan boleh menjurus kepada tafsiran yang berlebih-lebihan ini.
overrunberlebihPentadbiranTiadaTiada
excess fertilitykesuburan berlebihSosiologiTiadaTiada
over populationpopulasi berlebihPerhutananTiadaBilangan individu yang berlebihan daripada yang boleh ditampung oleh sesuatu habitat.
over populationpopulasi berlebihPerhutananPengurusan HutanBilangan individu yang berlebihan daripada yang boleh ditampung oleh sesuatu habitat.
overactlebih lakonKesusasteraanTiadaBeraksi berlebih-lebihan sehingga tidak baik jadinya.
sentimentsentimenKesusasteraanTiadaPerasaan yang berlebih-lebihan terhadap sesuatu.
hidrorrheahidroreaPerubatanTiadaPerpeluhan yang berlebih-lebihan, yang disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu, atau penggunaan ubat-ubat tertentu. Sinonim: hiperhidrosis.
123456789

Kembali ke atas