Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlebih-lebih 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud kelewahan dalam bahasa

lewah

  • (léwah) = melewah 1. terlalu banyak hingga berlimpah-limpah (barang dll), mewah; 2. berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat): penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan;
  • kelewahan

    hal (keadaan) yg berlebih-lebihan.
Makna10.08.2009
Saya ada kemusykilan terhadap penggunaan perkataan "berlebihan". Bagi saya, perkataan ini membawa denotasi negatif. Setujukah saudara? Sila beri pendapat. Terima Kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berlebihan bermaksud terlalu sangat (banyak, lebih, dll). Berlebih-lebihan bermaksud 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya) 2. berlumba-lumba untuk beratas-atasan (atas-mengatasi). Berdasarkan huraian yang diberikan, perkataan yang mempunyai maksud negatif ialah berlebih-lebihan bukan berlebihan.   

Makna17.02.2011
Harap Admin dapat berikan penjelasan ttg penggunaan kata 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' Lazimnya 'menjolok mata' sering digunakan namun berdasaskan kamus dewan, 'mencolok mata' adalah yg lebih tepat digunakan. Contoh penggunaan:- Kakitangan kerajaan khususnya wanita dilarsng memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat. (1) Dalam Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada seĀ­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). (2) Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya).Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada seĀ­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.Tatabahasa25.01.2013
Selamat sejahtera. Soalan : 1. Baju itu mahal-mahal belaka. 2. Cikgu Aini mengajarkan Bahasa Melayu kepada mirid-murid tahun 6. Betul atau salahSalam sejahtera,

1. Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan. Oleh itu, ayat  yang gramatis ialah "Baju itu mahal belaka".

2.  Ayat "Cikgu Aini mengajarkan bahasa Melayu kepada murid-murid tahun 6", sudah tepat penggunaannya.  
Tatabahasa15.08.2015
1. laman web atau laman sesawang atau sesawang ? 2. terima kasih banyak atau terima kasih banyak-banyak ? 3. berbanyak terima kasih atau berbanyak-banyak terima kasih ? 4.

Frasa yang betul ialah laman web atau laman sesawang. Ungkapan 'terima kasih' lebih elok penggunaannya dalam bahasa Melayu tidak perlu berlebih-lebihan seperti berbanyak-banyak terima kasih.


Tatabahasa12.05.2011

Kembali ke atas