Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.léng.ko/] | برليڠکوق

Definisi : mempunyai lengkok, berbelok, berkelok, berkeluk, berselekoh (jalan, sungai, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.léng.ko/] | برليڠکوق

Definisi : berbelok ke kiri atau ke kanan bentuknya; berkelok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkok (kata nama)
Bersinonim dengan lengkungan, kelok, keluk, selekoh, liku, lok;,
Kata Terbitan : berlengkok, melengkok,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI SUTLEJ

Sungai Sutlej ialah cabang Sungai Indus yang

terpanjang, sungai utama di Pakistan. Sungai

Sutlej bermula di kawasan Penara Tibet, di barat

daya China dengan ketinggian hampir lima

kilometer di atas aras laut. Sungai ini mengalir

berlengkok-lengkok melalui Pergunungan

Himalaya, dan merentasi bahagian barat laut

India, dan terus mengalir ke arah barat daya,

melalui Punjab, Pakistan, hingga bertemu Sungai

Indus di bahagian timur, tengah Pakistan.

Panjang Sungai Sutlej ialah 1370 kilometer.

Sungai ini ialah sumber air utama bagi dataran

Punjab yang kering. Salah satu empangan yang

tertinggi di dunia, Empangan Bhakra, terletak 226

meter di atas aras sungai berhampiran Bhakra,

India. Untuk lokasi sungai, lihat Pakistan (peta

muka bumi).

UMUM 

Kembali ke atas