Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.léng.ko/] | برليڠکوق

Definisi : mempunyai lengkok, berbelok, berkelok, berkeluk, berselekoh (jalan, sungai, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.léng.ko/] | برليڠکوق

Definisi : berbelok ke kiri atau ke kanan bentuknya; berkelok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkok (kata nama)
Bersinonim dengan lengkungan, kelok, keluk, selekoh, liku, lok;,
Kata Terbitan : berlengkok, melengkok,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sinuousberlengkokPerubatanTiadaTiada
meandering (river flow)berlengkok-lengkokPerhutananTiadaSelekoh pada sungai disebabkan aliran air apabila sungai melalui kawasan yang agak rata seperti aliran yang menghampiri muara. berkelok-kelok.
meandering (river flow)berlengkok-lengkokPerhutananPengurusan HutanSelekoh pada sungai disebabkan aliran air apabila sungai melalui kawasan yang agak rata seperti aliran yang menghampiri muara. berkelok-kelok.
wavemarkkesan-gelombangGeologiTiada1. Garis berlengkok atau berombak yang halus atau permatang yang sangat halus yang terdiri daripada pasir halus, rumpai laut, dan puing lainnya di pantai, dan menandai kemaraan serbuan ombak ke pantai yang terjauh. 2. Kesan riak yang dihasilkan oleh tindakan gelombang sepanjang kala pemendapan.
scimitarpisau stikPentadbiran PerniagaanTiadaPisau berlengkok untuk memotong stik.
steak knifepisau stikPentadbiran PerniagaanTiadaPisau berlengkok untuk memotong stik.
meandering (river flow)berkelok-kelokPerhutananPengurusan HutanLih. berlengkok-lengkok.
curve cutting planeketam lengkokKesenianTiadaKetam untuk melicinkan bahagian kayu yang berlengkok.
volcanic beltjaluran volkano; jaluran gunung berapiGeologiTiadaRangkaian volkano yang biasanya luas dan terdapat dalam susunan linear atau berlengkok, serta terbatas pada orogen di sepanjang pinggir benua atau dalam lembangan lautan.
arabesque (F)arabesqueKesenianTiada1. Corak, gaya lukisan atau ukiran yang berasal dari negeri Arab yang bermotifkan bentuk tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia yang disusun dengan garisan bersegi, bergeometri atau berlengkok-lengkok.

Kembali ke atas