Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lian] | برليان

Definisi : batu permata yg berkilau drpd karbon tulen dlm bentuk hablur: cincin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lian] | برليان

Definisi : sj batu permata yg amat keras lagi berharga dan dpt diasah sehingga berkilau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlian

Puisi
 

Cincin perak permata baiduri,
     Selang dengan intan berlian;
Kain kasar dalam duri,
     Takut koyak tarik perlahan.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam.. saya nk tanya. Ayah hadiahkan ibu seutas rantai berloketkan berlian Ayah menghadiahi ibu seutas rantai berloketkan berlian Yg mana satu betul? Dan kenapa? TKAyat yang betul ialah Ayah menghadiahkan seutas rantai berloketkan berlian kepada ibu dan Ayah menghadiahi ibu seutas rantai berloketkan berlian.Tatabahasa15.08.2014
Saudara, apakah makna Jubli Berlian? Saya sudah mencari berkali-kali di dalam kamus dewan tetapi tidak saya ketemui. Terima Kasih.Berdasarkan sumber rujukan kami, yang ada ialah Jubli Perak = perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima, jubli emas = perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh dan jubli intan = perayaan mem­peringati ulang tahun yang keenam puluh. Tidak ada ungkapan jubli berlian.Lain-lain01.11.2010
PERMOHONAN PAPAN TANDA. BOLEHKAH SUKU KATA & AYAT DIBAWAH BOLEH DIBUNAKAN PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN AKADEMI JARUM BERLIAN SDN.BHD LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMANUntuk penamaan  tempat, keterangan aktiviti di bahagian atas dan saiznya paling besar (PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN), nama di bahagian tengah  (AKADEMI JARUM BERLIAN SDN. BHD.) dan alamat di bahagian bawah sekali dan saiznya paling kecil (LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN). Tatabahasa13.10.2011
istilah atau maksud "PERBINCANGAN"Maknanya ialah perihal berbincang: di situ saya dengar ~ mereka hendak merompak kedai intan berlian. Makna17.11.2009
Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu bagi diamond-like-carbon

Cadangan terjemahan diamond like carbon ialah “karbon dengan salutan berlian”.

Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang.

Penyemakan dan penterjemahan21.12.2022
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya adakah gemerlap ialah kata adjektif. Jika ya, saya terjumpa satu rujukan terbitan DBP (Tatabahasa Dewan Bentuk Kata m/s85) yang memberi satu contoh gemerlap ialah kata nama selepas berlaku proses sispan -em-. Saya ingin kepastian sahaja bukan mencari kesalahan. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 659), kata gemerlap diberikan dua kelas kata iaitu kata adjektif dan kata nama. Sila lihat takrifan entri ini.


gemerlap

kata adjektif
1 (bkn lampu, berlian, bintang dll) bersinar atau berkilau-kilau cahayanya:
Mahkotanya bertatahkan permata berlian yg gemerlap.


2 (bkn sso atau sst) cemerlang dan hebat krn banyak kejayaan dicapai atau dicipta dlm sst bidang:
Tahun ini, pasukan Cameron lebih gemerlap berbanding tahun lalu.


kata nama
3 cahaya yg bersinar atau berkilau-kilau pd lampu, berlian, bintang dll:
Tataplah gemerlap bintang-bintang yg bertaburan di langit malam.


4 sinar kecemerlangan atau kehebatan sso atau sst:
Gemerlap kehebatan pasukan itu yg mengungguli Liga Perdana kian terpancar.


Kelas kata yang digunakan adalah mengikut penggunaan dan konteks bagi kata tersebut.
Lain-lain30.06.2021
Apakah penjodoh bilangan bagi gelang? utas? untai? atau yang lain. TQ

Penjodoh bilangan bagi gelang ialah utas. Seutas gelang.

Walaupun untai dan utas hampir memiliki makna yang sama, namun untai lebih sesuai digunakan pada 'rantai' atau 'kalung'. Misalnya seuntai rantai berlian.

Makna04.09.2012
Bagaimana untuk menulis bibliografi untuk yang berikut mengikut Gaya Dewan: Ogilvy, D. 1965. The Creative Chef. in The creative organization , edited by Gary A. Steiner, 199-213. Chicago: University of Chicago. Denton, R. M. dan C. I. Pogson. 1985. Kajian Dasar dalam Biologi:Pengawalan metabolisme. Johari Mohd. Saleh, (sunt.) Kuala Lumpur: DBP. Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Sodhi, N. S., Koh, L. P., Brook, B. W., & Eng, P. K. L. (2004). Southeast Asian Biodiversity: An Impending Disaster. Trends in Ecology and Evolution. 19(12): 654-660. Dalam Mohd. Azlan, J. A. G. A. (2012). Biodiversity Conservation Strategy in Malaysia: A Review From An Islamic Perspective. Jurnal Hadhari 4 (1): 129-136. Imam az-Zahabi. (2009). Cara makan dan berubat Nabi SAW. Terj. Dr Muhammad Amar Adly. Berlian Publication: Selangor

Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam penulisan tersebut.
1. Buku:              
Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.
Karya Editor:
Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Majalah
Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977.

4. Kertas Kerja
Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.

Bersama-sama ini dilampirkan juga lampiran penulisan bibliografi yang dipetik daripada buku Gaya Dewan untuk rujukan dan penelitian pihak puan.
Lain-lain25.08.2015

Kembali ke atas