Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma.cam.ma.cam] | برماچم-ماچم

Definisi : banyak macamnya; berbagai-bagai; berjenis-jenis: ~ barang ada dijual di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
macam
1. Bersinonim dengan jenis
( bangsa, ragam, rupa, bagai, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan seperti
( laksana, umpama, bak, sebagai, serupa, )
(kata tugas)

Kata Terbitan : bermacam-macam, mempermacam-macamkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kalau berbagai-bagai boleh disingkatkan menjadi pelbagai kenapa bermacam-macam tidak disingkatkan menjadi pelmacam?

Ejaan yang digunakan  masih bermacam-macam atau macam-macam yang bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis dan berupa-rupa.

Ejaan15.02.2008
Bolehkah rencaman menggantikan pelbagai? Contoh: Terdapat rencaman faktor yang menyebabkan kemalangan.Rencaman bermaksud campuran bermacam-macam, contoh makanan rencaman atau pekerja rencaman. Perkataan ini boleh menggantikan pelbagai dengan melihat konteks penggunaannya dalam ayat, misalnya jika melibatkan campuran bermacam-macam benda dan sebagainya. Oleh itu rencaman faktor tidak betul sebaliknya digunakan pelbagai faktor.Tatabahasa01.11.2010
"bermacam-macam tipu helah".ayat ini betul atau salah?("tipu helah" sudah ganda?)"tipu helah' sudah memadai kerana sudah menunjukkan banyak helah.Tatabahasa06.10.2012
1. Saya telah menerima balasan daripada tuan bahawa "pelbagai jenis kuih-muih" adalah betul. Tetapi saya mendapati kuih-muih bermaksud bermacam-macam jenis kuih..adakah "pelbagai jenis kuih" lebih tepat? 2. Saling berpeluk-pelukan salah? Jawapan yang tepat saling berpeluk..betul?

1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. “Pelbagai  jenis kuih-muih” adalah betul tetapi lewah. “Pelbagai jenis kuih” juga adalah betul dan tidak lewah. 2. “Saling berpeluk-pelukan” adalah betul tetapi lewah. “Saling berpelukan” adalah betul dan tidak lewah.

Tatabahasa20.03.2014
1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. “Pelbagai  jenis kuih-muih” adalah betul tetapi lewah. “Pelbagai jenis kuih” juga adalah betul dan tidak lewah. 2. “Saling berpeluk-pelukan” adalah betul tetapi lewah. “Saling berpelukan” adalah betul dan tidak lewah. Apakah maksud "lewah"? Terima kasihLewah dalam hal ini bermaksud penggunaan kata berlebih-lebihan yang tidak perlu. Penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan.Makna24.03.2014
Salam sejahtera pentadbir PRPM, Berapakah maksud yang didukung oleh "gerak-geri"? Menurut Kamus Dewan (2005:461), bawah masukkan "gerak", kata tersebut tercatat sebagai ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak (badan); b) ~ langkah = ~ laku tingkah laku. Dengan erti kata lain, "gerak-geri" membawa dua maksud, iaitu (a) penggerakan badan dan (b) tingkah laku? Atau hanya satu maksud sahaja, iaitu (a) penggerakan badan. Mohon beri tunjuk ajar. Terima kasih.Gerak-geri ialah bermacam-macam gerak (badan).Tatabahasa19.01.2013
Yang manakah betul? Sampah sarap bertaburan ATAU sampah bertaburan.Kedua-duanya betul. Sampah sarap bermaksud bermacam-macam sampah, manakala sampah membawa maksud benda-benda yang dbuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll)Tatabahasa12.05.2010
apa yang di maksud MAMBANGMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, mambang ialah sejenis hantu (yg bermacam-macam warnanya dan disebut mengikut tempatnya. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keemapt.Makna12.09.2008
Nama saya Afifah daripada thailand ingin mengsoalkan apakah makna sayuran TerimakasihMenurut data kami, maksud sayuran ialah bermacam-macam jenis sayur. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sayuranMakna06.11.2015
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih.Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain.Tatabahasa22.07.2013
1234

Kembali ke atas