Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma.dah] | برماده

Definisi : 1. bersyair dll dgn memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia mem-bisu sahaja; 2. berkata: senang manusia berkata apa yg disukainya tanpa memikirkan akibat atau padahnya, senang mereka ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma.dah] | برماده

Definisi : 1 mengucapkan sesuatu utk memuji-muji. 2 berkata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermadah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya melihat satu podcast di internet mengatakan satu pepatah melayu yang belum saya pernah dengar , bolehkan saya meminta untuk membuat semakan adakah terkandung secara rasmi dalam persuratan melayu atau hanya satu perkataan biasa sahaja " Tunduk sebelum Melangkah , Senyum sebelum Menengking , Menganga sebelum Bermadah" kalau menyanyi asli iramanya saya ingin memastikan ini adalah suatu pantaun ataupun sejenis rangkap apa
"Tunduk sebelum melangkah, senyum sebelum menengking, menganga sebelum bermadahialah ungkapan baharu yang dicipta atau dalam erti kata lain bukan peribahasa (pepatah) yang sedia ada.
Sastera21.02.2024
Madah berkait dengan pujangga, dan pujangga berkait dengan puisi. Adakah 'madah' boleh dikategorikan sebagai genre puisi?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, madah bermaksud 1. kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar madah Tuan Penghulu itu; 2. (sastera lama) perkataan; berpanjang madah berkata (menghuraikan dll) dengan panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pen­deknya;.
Bermadah pula bermaksud bersyair dll dengan memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja.


Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradisional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. 

Daripada huraian maksud, madah boleh dihimpunkan dalam genre puisi.

Sastera15.06.2019

Kembali ke atas