Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main] | برماءين

Definisi : 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main] | برماءين

Definisi : berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bukan sengaja saya berkain,
     Saya berkain menutup tubuh;
Bukan sengaja saya bermain,
     Saya bermain bersungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.bermain mainan , bermain permainan , bermain alat permainan, atau bermain alat mainan? 2. menonton televisyen atau menonton rancangan televisyen? 3. Kakak menonton rancangan televisyen di ruang tamu dengan khusyuk. ayat ini betul tak?

Mengikut data kami, frasa  1.bermain mainan , bermain permainan , bermain alat permainan, atau bermain alat mainan adalah betul dan penggunaanya  mengikut konteks ayat. Ayat yang gramatis ialah menonton rancangan televisyen. Frasa kakak menonton rancangan televisyen di ruang tamu dengan khusyuk adalah betul.
Lain-lain09.02.2017
tolong jelaskan sekiranya " adik sedang bermain." bermain merupakan kata kerja tak transitif tanpa pelngkap. Adakah "adik sedang bermain bola" juga merupakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang mempunyai unsur penerang atau ia merupakan kata kerja transitif?Adik bermain bola ialah kata kerja transitif. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa01.04.2010
Navin mahu bermain bola atau badminton? Navin mahu bermain bola atau bermain badminton? Navin mahu bermain bola atau mahu bermain badminton? Yang mana satu betul? Atau semuanya betul?Ayat yang paling tepat ialah "Navin mahu bermain bola atau badminton". Ayat yang lain mengandungi unsur lewah.Tatabahasa15.05.2013
A)Biki dan Mizi bermain( gelongsor). B)Biki dan Mizi bermain (papan gelongsor). bermain gelongsor atau bermain papan gelongsor? Ayat mana satu lebih tepat? Terima kasih.Jawapan yang tepat ialah B)Biki dan Mizi bermain (papan gelongsor).Tatabahasa25.02.2015
'Adik bermain bola.' Mengapakah 'bermain' dalam ayat tersebut merupakan kata kerja transitif seperti yang dijelaskan dalam arkib soalan tetapi dalam ayat 'Adik sedang bermain.' pula, kata kerja tersebut merupakan kata kerja tak transitifif tanpa pelengkap?

Dua ayat yang dikemukakan:

A.   Adik sedang bermain.

B.   Adik bermain bola.

1. Perkataan bermain pada ayat A dan B di atas ialah kata kerja tak transitif tanpa pelengkap iaitu tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksud ayat. Perkataan bola pada ayat B bukan objek tetapi frasa keterangan. Ayat "Adik bermain." ayat lengkap. Perkataan atau frasa selepasnya berfungsi sebagai keterangan. Contohnya: Adik bermain di padang.  Adik bermain dengan kawannya. Perkataan bermain dalam ayat B bukan kata kerja transitif. Dalam pembentukan kata kerja, perkataan yang menerima imbuhan awalan beR- menjadi kata kerja tak transitif sama ada berpelengkap atau tanpa pelengkap; tidak ada yang menjadi kata kerja transitif.

2. Untuk makluman, pihak kami sedang berusaha memperbaiki perkhidmatan KNDBP berkaitan pertanyaan bahasa. Antaranya ialah mengenal pasti jawapan-jawapan yang tidak tepat di dalam arkib untuk dimansuhkan. Terima kasih kerana membantu kami mengenal pasti kesilapan yang dilakukan. Kami memohon maaf atas perkara ini. 

Tatabahasa27.04.2011
Adakah gambar yang dilampirkan,jwpnnya ialah bermain gelongsor atau bermain papan gelongsor?Bermain papan gelongsor.Tatabahasa28.02.2013
a) Beego bermain bola pada waktu pagi? b) Beego bermain bola pada waktu petang? (atau) Ayat majmuk: 1) Beego bermain bola pada waktu pagi atau petang? 2) Beego bermain bola pada waktu pagi atau waktu petang? 3) Beego bermain bola pada waktu pagi atau pada waktu petang? Ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang tepat ialah "Beego bermain bola pada waktu pagi atau petang?" . Dalam ayat tersebut, berlaku pengguguran frasa sendi nama yang serupa.Tatabahasa09.10.2013
Adakah mencatur bermaksud bermain catur?Mencatur dan bermain catur membawa maksud yang berbeza. Mencatur bermaksud merancang dan mengatur (hidup, nasib dan sebagainya seseorang) dengan strategi tertentu untuk kepentingan tertentu. Manakala bermain catur pula merujuk kepada aktiviti bermain catur.Makna11.12.2021
Harap anak-anak sekalian jangan bermain di sini, sebaliknya sila bermain di padang kerana kawasan ini berbahaya. haraplah cikgu betulkan ayat kerana jawaban mengatakan kesalahan pada harap. TQAnak-anak sekalian jangan bermain di sini kerana kawasan ini berbahaya, sebaliknya sila bermain di padang.Tatabahasa24.02.2012
Adakah ayat berikut betul? 1. Murid-murid, apakah alat muzik yang kamu suka bermain? 2. Saya suka bermain piano. Jika ayat berikut salah bolehkan saya tahu ayat apakah yang sesuai digunakan untuk menyampaikan maksud seperti ayat di atas? Terima kasih :)1. Murid-murid, apakah alat muzik kegemaran kamu?
2. Saya suka bermain piano.
Tatabahasa12.10.2017
12345678910...

Kembali ke atas