Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main] | برماءين

Definisi : 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main] | برماءين

Definisi : berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bukan sengaja saya berkain,
     Saya berkain menutup tubuh;
Bukan sengaja saya bermain,
     Saya bermain bersungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAINAN

Mainan ialah benda yang digunakan oleh kanak-

kanak untuk bermain. Kanak-kanak di seluruh

dunia bermain dengan mainan yang serupa,

seperti bola, anak patung, permainan dan mainan

teka-teki. Semenjak zaman purba lagi mainan

memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan kanak-kanak. Sesetengah mainan

membolehkan kanak-kanak bersuka-suka sambil

belajar tentang dunia di sekelilingnya. Permainan

dapat menolong mengajar kanak-kanak supaya

bergaul dengan kanak-kanak lain. Mainan juga

boleh menolong mereka belajar dan membina

kemahiran khas.

UMUM 
TAMAN PERMAINAN

Taman permainan ialah kawasan luar rumah

yang digunakan untuk bermain. Kebanyakan taman

permainan direka khas untuk kanak-kanak, tetapi di

sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat,

taman permainan juga menyediakan kemudahan

bersukan untuk orang dewasa. Di negara tertentu

seperti di United Kingdom, kawasan permainan

yang mempunyai kemudahan bersukan dikenali

sebagai padang permainan. Istilah taman permainan

biasanya bermaksud kawasan untuk kanak-kanak

bermain buaian, memanjat kerangka besi dan

kelengkapan permainan yang lain. Rencana ini

hanya mengenai taman permainan jenis yang kedua

ini.

UMUM 
ORKESTRA

Orkestra ialah kumpulan pemuzik yang bermain

pelbagai alat muzik bersama-sama. Sesetengah

orkestra Afrika dan Asia mengandungi alatan

genderang, seperti dram, gong, dan zilofon.

Tetapi di kebanyakan negara Barat, kumpulan

muzik dianggap sebagai orkestra hanya jika ia

memasukkan biola atau alatan bertali yang lain.

Orkestra berbeza daripada kumpulan muzik yang

mengandungi sebahagian besarnya oleh alat

tiupan dan alat genderang.

UMUM 
SUKAN AIR

Sukan air lihat Berenang; Bermain ski; Luncur

air; Memancing; Menyelam.

UMUM 
KAEDAH SUZUKI

Kaedah Suzuki ialah cara mengajar kanak-kanak

bagaimana bermain alat muzik tertentu pada

peringkat umur yang masih muda. Kaedah ini

digunakan dengan meluas untuk biola dan juga

alat-alat lain seperti celo, flut dan piano.

UMUM 
TEAL

Teal ialah nama bagi kira-kira 15 spesies itik kecil

yang suka bermain di air. Teal memakan tumbuhan

akuatik dan biji-bijian dengan memilihnya melalui

perbuatan mengunggis dengan paruhnya. Ia juga

boleh terbalik untuk makan. Teal membiak di

kolam dan tasik air tawar yang cetek yang

disempadani tumbuhan yang tebal. Ia terbang laju

dengan kibasan sayapnya yang cepat, dan apabila

ia cemas ia boleh naik secara menegak dari

permukaan air. Kebanyakan teal mempunyai bulu

keperangan yang diselangi dengan tanda berwarna

cerah dan gelap.

UMUM 
PANCARAGAM

Pancaragam ialah sekumpulan ahli muzik yang

bermain kebanyakannya alat tiup dan genderang.

Pancaragam berbeza daripada orkestra, kerana

dalam orkestra alat tali memainkan peranan yang

paling utama. Namun demikian, sesetengah

pancaragam mengandungi juga alat tali.

UMUM 
PERRY, FRED

Perry, Fred (1909–1995) ialah salah seorang

pemain tenis United Kingdom yang paling

cemerlang. Dia bermain dalam pasukan British

yang memenangi Piala Davis dari tahun 1933

hingga tahun 1936.

UMUM 
SEDGMAN, FRANK

Sedgman, Frank (1927– ), salah seorang

pemain tenis terbaik Australia. Dari tahun 1950

hingga tahun 1952, dia bermain sebanyak 19 kali

untuk Australia dalam pertandingan Piala Davis

dan hanya kalah dua kali. Pada tahun 1951, dia

menjadi orang Australia yang pertama menjuarai

acara perseorangan Amerika Syarikat. Pada tahun

1952, dia menjuarai acara perseorangan Amerika,

Itali, dan Wimbledon. Francis Arthur Sedgman

lahir di Melbourne.

UMUM 
RAMEAU, JEAN-PHILIPPE

Rameau, Jean-Philippe (1683–1764) ialah

penggubah lagu dan ahli teori muzik Perancis

zaman barok. Rameau bermain organ selama 20

tahun di beberapa buah bandar sebelum menetap

di Paris pada tahun 1722. Dia menjadi terkenal

pada tahun tersebut dengan terbitnya buku teori

muzik Treatise on Harmony . Buku ini menjadi

mercu tanda penting dalam sejarah harmoni dan

yang pertama dari beberapa karya harmoni lain

yang dihasilkannya.

UMUM 
1234

Kembali ke atas