Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main.main] | برماءين-ماءين

Definisi : 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguh­sungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main.main] | برماءين-ماءين

Definisi : 1 bersenang-senang atau bersuka-suka dgn melakukan sesuatu: Ketika ibu memasak di dapur, kami ~ di halaman. 2 tidak bersungguh-sungguh; hanya utk berkelakar saja: Mereka itu ~ saja, bukan berkelahi sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain ini kain basah,
     Bila masa berkain lagi;
Main ini main penyudah,
     Bila masa bermain lagi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
play suitpakaian mainPentadbiran PerniagaanTiadaPakaian untuk bersukan atau bermain, biasanya seperti kemeja T dan seluar pendek.
play-penkandang mainPentadbiran PerniagaanTiadaKepungan yang kecil dan mudah alih, tempat bayi bermain dengan selamat, merangkak dan sebagainya.
play datetemu mainUmumTiadaSatu pertemuan yang diaturkan oleh ibu bapa bagi membolehkan anak mereka bermain bersama-sama dua orang rakan atau lebih, sama ada di rumah atau di tempat yang bersesuaian.
col legnocol legnoMuzikTiada

 Arahan kepada pemuzik supaya bermain dengan bahagian kayu penggesek. Arahan ini khususnya ditujukan kepada pe­main alat muzik bertali.


Kembali ke atas