Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.maÖ.na]/[ber.ma/.na] | برمعنا

Definisi : 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERATUSAN

Peratusan merujuk kepada pengiraan yang

melibatkan perseratus. Anda tentu biasa melihat

nombor-nombor seperti 2%, 30% dan 75%. Simbol %

tersebut bermakna peratus. Anda juga mungkin

terbaca “2 peratus”, “30 peratus”, “75 peratus”, dan

sebagainya. Peratus bermakna per seratus. 2%

bermakna 2 per seratus, 30% bermakna 30 per

seratus, dan 75% bermakna 75 per seratus. Peratus

sebenarnya ialah pecahan biasa : 2% ialah 2/100, 30%

ialah 30/100, dan 75% ialah 75/100 . Peratus juga ialah

pecahan perpuluhan : 2% bersamaan 0.02, 30% bersamaan

0.30, dan 75% bersamaan 0.75.

UMUM 
MIKROTOMI

Mikrotomi pada asalnya bermakna potongan

mikroskopik. Tetapi kini, ia bermakna seni

menyediakan objek untuk pemeriksaan melalui

mikroskop. Tanpa persediaan, sebilangan kecil objek

boleh diperiksa dengan betul melalui mikroskop

(lihat Mikroskop). Sekeping logam, misalnya mesti

digilap dengan baik dan digores sebelum strukturnya

boleh dilihat. Batu-batan digergaji menjadi hirisan

cukup nipis untuk dilihat melalui teknik mikrotomi.

UMUM 
SULTAN

Sultan ialah gelaran penghormatan yang diberikan

kepada raja dan pemerintahan Islam. Perkataan sultan

bermakna berdaulat, tetapi pada zaman dahulu ia

bermakna seseorang yang tegas dan amat berkuasa.

Gelaran tersebut telah digunakan sejak kira-kira tahun

900. Pemerintah Empayar Uthmaniyyah dikenali

sebagai sultan. Ramai sultan yang memiliki kekayaan,

tetapi kini beberapa orang sahaja yang mempunyai

kuasa seperti raja pada zaman dahulu.

UMUM 
TABES

Tabes, bermakna badan yang menyusut. Perkataan

ini pernah digunakan untuk menggambarkan

keadaan yang menyebabkan penyusutan ini. Namun,

kini penggunaannya secara eksklusifnya adalah

untuk menggambarkan penyusutan badan yang

disebabkan oleh sifilis, sejenis penyakit kelamin.

Dalam keadaan ini ia dikenali sebagai tabes dorsalis

yang bermakna penyusutan di bahagian dorsal

(belakang) saraf tunjang. Seseorang yang mengalami

keadaan ini menghadapi kesukaran untuk

mengimbangkan pergerakannya. Dia juga mungkin

kehilangan deria rasa di bahagian tangan dan kaki,

dan otot kakinya menjadi semakin lemah. Saraf

optik, iaitu sejenis saraf mata, juga mungkin terjejas.

UMUM 
PROTOPLASMA

Protoplasma ialah istilah yang bermakna bahan

hidup dalam sel. Istilah ini tidak banyak digunakan

oleh ahli biologi moden kerana sifatnya yang tidak

spesifik. Johannes Purkinje, ahli fisiologi

Czechoslovakia, pertama kali menggunakannya

pada tahun 1839. Pada masa itu, ahli sains tahu

bahawa semua benda hidup terdiri daripada sel

yang kelihatan mengandungi bahan bak jeli.

Purkinje menamakan bahan ini protoplasma

daripada perkataan Yunani yang bermakna mula-

mula terbentuk atau teracu – untuk menunjukkan

bahawa bahan ini adalah bahan paling asas pada

hidupan.

UMUM 
OBO

Obo ialah alat tiup woodwind berpipit paling kecil

dan paling tinggi picnya. Nama alat ini diambil

daripada dua perkataan Perancis: haut yang

bermakna tinggi , dan bois yang bermakna kayu .

Obo berukuran kira-kira 53 sentimeter panjang. Ia

dicipta pada tahun 1600-an, berkemungkinan oleh

dua orang ahli muzik Perancis, Jean Hotteterre dan

André Philidor.

UMUM 
ROMPAKAN

Rompakan bermakna mencuri atau mengambil

wang atau barang-barang dengan segera secara

paksa atau ancaman. Rompakan merupakan satu

jenayah yang serius dan boleh dikenakan hukuman

penjara.

UMUM 
RIMA

Rima bermakna bunyi yang bergema atau

berulang di akhir perkataan. Dalam puisi, rima

biasanya wujud di akhir baris, seperti dalam

petikan daripada penyair Ireland, William Butler

Yeats:

UMUM 
OSTEOSKLEROSIS

Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan

dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh

melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang,

atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa

yang dikenali sebagai tulang marmar atau

osteopetrosis , adalah penyakit keturunan yang jarang

berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam

penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal.

Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang

mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang

membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak

mengalami anemia yang teruk.

Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi

rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal.

Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian

tulang akibat jangkitan atau tumor.

UMUM 
TELEMETRI

Telemetri bermakna mengukur dari jauh. Ahli

sains dan jurutera menggunakan telemetri dalam

berbagai-bagai cara. Ahli sains menghantar belon

cuaca setinggi 30 kilometer atau 50 kilometer ke

udara untuk mengukur suhu, tekanan, dan

kelembapan udara di bahagian atas bumi. Pemancar

radio yang dipasang pada belon menghantar semula

maklumat tersebut ke bumi.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas