Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma/.sud] | برمقصود

Definisi : 1. bertujuan, berhajat, berke­hendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma/.sud] | برمقصود

Definisi : 1 mempunyai tujuan tertentu; berniat; bertujuan: Kami tidak ~ hendak menyusahkan hati saudara. 2 membawa erti; bermakna: Ayat ini ~ bahawa memberi sedekah lebih mulia drpd menerima sedekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,

Peribahasa

Memperlapang kandang musang,
     mempersempitkan kandang ayam.

Bermaksud :

Sengaja memberi kesempatan kepada orang yang bermaksud jahat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kilo-kilo-Awalan yang bermaksud satu ribu. Contohnya, 1 kilowatt bersamaan seribu watt.Menengah Rendah
sistem 24 jamtwenty-four hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 24 jam bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah malam hari yang berikutnya. Sistem ini dinyatakan dalam empat digit. Contohnya, 1. Jam 1330 bermaksud 1:30 p.m. 2. Jam 0930 bermaksud 9:30 a.m.Menengah Atas
p.m.p.m.Singkatan bagi post meridiem (post meridian), bermaksud selepas tengah hari, iaitu tempoh masa antara tengah hari hingga tengah malam.Menengah Rendah
a.m.a.m.Singkatan bagi ante meridiem (ante meridian), bermaksud sebelum tengah hari, iaitu tempoh masa antara tengah malam hingga tengah hari.Menengah Rendah
p.m.p.m.Singkatan bagi post meridiem (post meridian) yang bermaksud selepas tengah hari. Ini merujuk pada waktu selepas tengah hari sehingga sebelum tengah malam.Sekolah Rendah
a.m.a.m.Singkatan bagi ante meridiem (ante meridian) yang bermaksud sebelum tengah hari. Ini merujuk pada waktu selepas tengah malam sehingga sebelum tengah hari.Sekolah Rendah
kurang daripadaless thanNombor di sebelah kiri simbol mempunyai nilai yang kurang daripada nilai di sebelah kanan. Simbolnya ialah <. Contohnya, 7 < 8 bermaksud 7 kurang daripada 8.Menengah Atas
kurang daripadaless thanPerihal hubungan antara sepasang nombor yang menunjukkan nombor mana mempunyai nilai yang lebih kecil. Hubungan ini ditunjukkan dengan simbol <. Contohnya, 7 < 8 yang bermaksud 7 kurang daripada 8.Menengah Rendah
kurang daripada atau sama denganless than or equal toNombor di sebelah kiri mempunyai nilai yang kurang daripada atau sama dengan nilai di sebelah kanan. Simbolnya ialah ≤. Contohnya, a ≤ 5 bermaksud a boleh terdiri daripada sebarang nombor yang kurang daripada 5 ataupun sama dengan nombor 5 itu sendiri.Menengah Atas

Kembali ke atas