Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma/.sud] | برمقصود

Definisi : 1. bertujuan, berhajat, berke­hendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma/.sud] | برمقصود

Definisi : 1 mempunyai tujuan tertentu; berniat; bertujuan: Kami tidak ~ hendak menyusahkan hati saudara. 2 membawa erti; bermakna: Ayat ini ~ bahawa memberi sedekah lebih mulia drpd menerima sedekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,

Peribahasa

Memperlapang kandang musang,
     mempersempitkan kandang ayam.

Bermaksud :

Sengaja memberi kesempatan kepada orang yang bermaksud jahat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan "terurus" bermaksud "kemas"?Terurus bermaksud terjaga atau terpelihara dengan baik atau sempurna; manakala kemas bermaksud teratur. Makna26.04.2022
Maklum balas Khidmat Nasihat - tiada istilah khusus untuk "Supermoon". Bulan purnama bermaksud bulan bulat penuh pada 15hb. Purnama raya bermaksud purnama yang sebulat-bulatnya. Kamabng/ambang bermaksud terapung. Fenomena Supermoon "moon is full at its closest point to the Earth" bermaksud bulan mengambang kelihata terdekat dengan bumi. Jika purnama bermaksud bulan yang bulat benar, dan kambang berkmasud terapung seoalah-olah mengapung di udara (bukan angkasa). Bolehkah supermoon itu disesuaikan istilahnya dengan purnama ambang? Setitdak-tidaknya bahsa Melayu mempunyai istilah tertentu untuk supermonn.Berdsarkan semakan kami "supermoon" ialah fenomena bulan penuh sama seperti full moon, hanya yang berbeza fenomena "supermoon" bulan kelihatan lebih besar kerana faktor jarak bulan dengan bumi. Pada ketika ini terjemahan "supermoon" dikekalkan kepada bulan penuh (supermoon) dan diletak dalam kurungan perkataan bahasa sumbernya bagi mengelakkan kekeliruan dengan terjemahan full moon. Perkara ini telah dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapatkan istilah yang tepat bagi fenomena tersebut.Istilah14.07.2022
salam sejahtera, saya nak bertanya tentang jenis akronim bagi Gapena. Gapena bermaksud gabungan penulis nasional atau gapena bermaksud gabungan persatuan penulis nasional? Jika Gapena bermaksud gabungan penulis nasional maka berada dlm kategori gabungan suku kata awal perkataan tetapi jika Gapena bermaksud gabungan persatuan penulis nasional, akronim ini berada dalam kategori yg mana? Terima kasih.GAPENA merupakan akronim bagi “Gabungan Persatuan Penulis Nasional”. Kata akronim GAPENA dibentuk melalui cantuman suku kata awal perkataan. Kami berpandangan berlaku pengguguran suku kata pada perkataan ketiga, iaitu “penulis” kerana persamaan bentuk dengan perkataan kedua, iaitu “persatuan” agar akronim lebih ringkas dan mudah disebut.Tatabahasa24.11.2020
Tuan, Ini juga berkaitan kata ganda, kata ganda juga bermaksud jamak. Oleh itu, adakah frasa ini betul? 1. cantik-cantik belaka. (cantik-cantik bermaksud semua cantik, belaka juga bermaksud jamak, Oleh itu, maksud jamak telah diulangkan lagi.) Dalam keadaan ini, adakah frasa cantik-cantik belaka betul? Atau dalam keadaan ini, kata ganda bagi kata adjektif bermaksud "sangat" dan bukan jamak. Oleh itu, cantik-cantik belaka boleh diterima? Mohon penjelasan. Terima kasih

Frasa cantik-cantik belaka betul. Perkataan cantik-cantik dalam frasa tersebut merupakan penggandaan penuh kata adjektif, iaitu kata adjektif tunggal digandakan untuk memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh.  Manakala perkataan belaka dalam konteks frasa yang diberikan pula berfungsi sebagai kata penguat belakang yang kedudukannya diletakkan di belakang kata adjektif. Contoh dalam ayat: Rumah di kampung itu cantik-cantik belaka.

Tatabahasa26.05.2021
Elemen kemampuan menunaikan solat. atau kriteria kemampuan menunaikan solatElemen bermaksud unsur, kriteria bermaksud ukuran atau pertimbangan. Antara dua perkataan ini, kriteria lebih sesuai digunakan.Lain-lain21.03.2018
Assalamualaikum, Saya keliru dengan penggunaan ayat 'Dukacita'. Dalam bahasa istana ia bermaksud marah. Tetapi ketika rujuk kamus ia bermaksud sedih. Jika adalah urusan rasmi adakah ia bermaksud marah? Terima kasih http://www.istananegara.gov.my/bahasa-istana/ https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Dukacita

Untuk makluman tuan Kamus DBP memberikan maksud yang lazim digunakan. Walau bagaimanapun, sesuatu perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut konteks atau laras penggunaannya. Contohnya, perkataan dukacita bermaksud perasaan sedih atau susah hati dalam konteks umum, namun dalam laras bahasa istana perkataan dukacita hendaklah dibaca dengan maksud yang dinyatakan dalam laras tersebut.

Istilah30.07.2021
Apakah maksud kerja secara bebas?Kerja bermaksud segala tugas atau urusan (yang telah ditentukan sebagai tanggungjawab) dan bebas bermaksud tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu. Oleh yang demikian, kerja secara bebas bermaksud melakukan tugasan atau urusan yang tidak dihalang atau tidak disekat oleh seseorang/sesuatu.Makna22.02.2019
Jendel bermaksud tingkap. Fungsi tingkap untuk laluan angin, cahaya dan udara. Fungsi tingkap juga untuk melihat keluar, orang dari dalam rumah/pejabat/pondok melihat keluar, dan BUKAN orang dari luar melihat ke dalam. Betulkah takrifan saya di atas?Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah.Lain-lain05.09.2022
Luwes bermaksud fleksibel. Sebutan 'luwes' mcm mana? Sebutan pada huruf e? Emak (e pepet) atau Ekor (e taling)?

Sebutan “luwes” ialah “lu.wes” (e pepet).

Lain-lain08.02.2022
Perkataan anbia bermaksud jamak. Jadi, perkataan para boleh diletak di hadapan perkataan anbia tak?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud anbia ialah (jamak bagi nabi) (segala) nabi, nabi-nabi atau penghulu segala manakala para ialah kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai. Maka para tidak boleh diletakkan di hadapan perkataan anbia.
Tatabahasa02.01.2024
12345678910...

Kembali ke atas