Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma/.sud] | برمقصود

Definisi : 1. bertujuan, berhajat, berke­hendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma/.sud] | برمقصود

Definisi : 1 mempunyai tujuan tertentu; berniat; bertujuan: Kami tidak ~ hendak menyusahkan hati saudara. 2 membawa erti; bermakna: Ayat ini ~ bahawa memberi sedekah lebih mulia drpd menerima sedekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,

Peribahasa

Memperlapang kandang musang,
     mempersempitkan kandang ayam.

Bermaksud :

Sengaja memberi kesempatan kepada orang yang bermaksud jahat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glukoglukoFarmasiTiadaAwalan yang bermaksud glukosa, tetapi kadangkala bermaksud karbohidrat.
tagtagTeknologi MaklumatTiadaSuatu kod dalam bahasa pengaturcaraan web yang memerihalkan dan menterjemah suruhan kepada pelayar web bagi memaparkan kandungan dokumen pada skrin. Contohnya tag bermaksud "bold" dan bermaksud "italic". Selamat Datang akan dipaparkan sebagai Selamat Datang. Selamat Datang akan dipaparkan sebagai Selamat Datang.
etwasetwasMuzikTiada

 Etwas bermaksud seakan-akan atau hampir. Contohnya, etwas langsam bermaksud dalam tempo yang hampir lambat.

latuslatusPerubatanTiada1. Istilah Latin yang bermaksud lebar.,2. Dalam anatomi, istilah yang bermaksud sisi tubuh.
bisbisMuzikTiadaKata sendi yang bermaksud sehingga dalam bahasa Jerman. Contohnya, bis zum schluss yang bermaksud sehingga ke akhir.
oligospermiaoligospermiaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKepekatan sperma yang rendah dalam semen. Berasal daripada perkataan “oligo” yang bermaksud sedikit dan spermia yang bermaksud spermatozoa. Oligospermia boleh mempengaruhi kesuburan haiwan jantan serta mengurangkan kadar kebuntingan haiwan betina. Keadaan ini dapat ditentukan melalui pemeriksaan semen haiwan jantan.
benbenMuzikTiada

 Kata penguat yang bermaksud sangat. Ben merupakan singkatan daripada perkataan hali, iaitu bene dan digabungkan dengan perkataan lain. Contohnya, ben legato yang bermaksud sangat licin dari segi sambungan not.

maintenance, care and wage clausefasal selenggara, jagaan dan upahPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam undang-undang pelayaran bagi perlindungan anak kapal yang tercedera. Penyelenggaraan di sini bermaksud menyediakan makanan, tempat tinggal dan pemulihan semasa anak kapal berkenaan dirawat. Penjagaan bermaksud rawatan perubatan yang perlu untuk sembuh. Upah pula bermaksud gaji anak kapal tersebut, yang perlu dibayar walaupun dalam keadaan sakit atau selepas kemalangan.
teratozoospermiateratozoospermiaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanUkuran peratus ketinggian sperma bermorfologi abnormal yang wujud dalam semen. Teratozoospermia berasal daripada perkataan “terato” yang bermaksud malformasi perkembangan dan “spermia” yang bermaksud spermatozoa. Teratozoospermia boleh mempengaruhi kesuburan haiwan jantan serta mengurangkan kadar kebuntingan pada haiwan betina. Teratozoospermia dapat ditentukan melalui pemeriksaan semen haiwan jantan.
psychologypsikologiPsikologiPsikologi UmumKajian saintifik yang mengkaji tingkah laku dan proses mental atau kognitif. Psikologi berasal dari perkataan Greek pysche yang bermaksud minda dan logos yang bermaksud pengetahuan atau kajian. Kajian psikologi biasanya memberi perhatian kepada tingkah laku yang nampak dan nyata, namun ahli psikologi juga memerhati tingkah laku yang terselindung atau tersirat seperti aktiviti-aktiviti pemikiran, emosi dan ingatan. Terdapat banyak cabang disiplin psikologi yang menjelaskan tingkah laku manusia dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.
12345678910...

Kembali ke atas