Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.man.fa.Öat] | برمنفعت

Definisi : berguna, berfaedah: apa yg di-lakukan mereka memang ~ bagi bangsa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.man.fa.Öat] | برمنفعت

Definisi : ada manfaatnya; memberi manfaat; berguna; berfaedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manfaat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, kebaikan, fadilat, kemaslahatan, keistimewaan, guna, kegunaan, laba, untung, keuntungan, khasiat, hikmat, rahmat;,
Kata Terbitan : bermanfaat, memanfaatkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, Mohon bantuan untuk semak ayat di bawah : 1) Kami bersorak kepada/untuk pasukan bola sepak sekolah. 2)Memelihara ikan hiasan dapat menjadi aktiviti bermanfaat untuk mengisi pada waktu senggang. tq1) Kami bersorak untuk pasukan bola sepak sekolah.
2) Memelihara ikan hiasan dapat menjadi aktiviti bermanfaat untuk mengisi waktu senggang.
Tatabahasa06.08.2015
Soalan 1: ...merupakan antara rancangan televisyen yang bermanfaat. Betulkah penggunaan "merupakan antara"? Soalan 2: Apakah perbezaan antara "bersama-sama" dengan "bersama"?1. Frasa yang gramatis "... dalah antara...".
2. Bersama dan bersama-sama bermaksud berserta, bergandingan dengan dan serentak dengan. Kamus Dewan memberikan makna yang sama, namun dalam penggunaan harian kita membezakan penggunaanya, sama ada menggunakan bersama dengan atau bersama-sama.
Tatabahasa31.01.2015
Assalamualaykum.Saya adalah peminat segala jenis bacaan bermanfaat.Seingat saya pada dekad 70an saya pernah membaca siri terjemahan Hikayat tersebut yang telah diterjemah oleh ? dan diterbit oleh DBP dengan gaya bahasa yang menarik dan jelas, sayang nya ia tiada lagi di pasaran untuk membolehkan generasi anak2 kita menikmatinya. 2. Saya Harap Dewan Bahasa dapat membongkar semula arkibnya dan mengulang cetak khazanah yang berharga ini. Maklumbalas tuan dalam hal ini amatlah dihargai.Sekian,terima kasih.Waalaikumsalam. Terima kasih kerana mengemukakan soalan. Walau bagaimanapun, untuk memudahkan pencarian buku tersebut, mohon tuan nyatakan judul hikayat yang berkenaan.Lain-lain02.04.2012
memanfaatkan atau memberikan manfaat?

Memanfaatkan bermaksud menjadikan bermanfaat, untuk melihat perbezaan penggunaan perkataan yang tersebut sila lihat contoh ayat ini: ... tidaklah sukar untuk memanfaatkan alat-alat ini untuk kajian saintifik dan hubungan antara dua organisma yang memberikan manfaat kepada satu organisma.

Tatabahasa24.06.2011
Salam sejahtera, 1.Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda 'Berhenti' di tengah-tengah jalan raya.(Apakah tanda baca yang perlu dibubuh pada perkataan 'Berhenti'?) 2.Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas.(Perlukan perkataan aktiviti itu membawa maksud jamak?) 3.Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim / mengeratkan hubungan silaturahim.(Perlu ditulis hubungan di depan silaturahim?) 4.me.ngo.rek (adakah pemenggalan suku kata ejaan betul dan apakah pemenggalan sebutan bagi perkataan mengorek?) Terima kasih1. Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda "Berhenti" di tengah-tengah jalan raya.

2. Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti/aktviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas. Perkataan aktiviti boleh membawa maksud jamak berdasarkan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun penggunaan aktiviti-aktiviti juga boleh dibenarkan asalkan tidak didahului oleh penanda jamak seperti pelbagai aktiviti dan penggunaan ini (tunggal atau jamak) hendaklah konsisten dalam keseluruhan wacana.

3. Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim.

4. Pemenggalan yang betul ialah "me.ngo.rek".
Tatabahasa27.05.2022
Saya ingin mendapatkan terjemahan bahasa melayu yang tepat untuk istilah " mindful eating" terima kasihBelum ada istilah khusus bagi mindfull eating. Berdasarkan rujukan kami mindful eating merujuk amalan makan yang bermanfaat dan antara terjemahan yang hampir dengan amalan ini ialah makan dengan teratur.Penyemakan dan penterjemahan06.08.2019
Saya sebagai guru yang pernah melatih murid memasuki pertandingan pantun ingin mengutarakan pertanyaan. Saya ingin menerbitkan pantun ciptaan sendiri berdasarkan tema pertandingan peringkat daerah. Siapakan yang perlu saya rujuk di DBP? Buku pantun sangat bermanfaat untuk murid sekolah.Tuan boleh mengemukakan manuskrip berkenaan kepada kami untuk dibuat penilaian awal bagi melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau sebaliknya. Bahan tersebut hendaklah diserahkan bersama-sama dengan disket berserta bahan iringan lain sekiranya ada. Sertakan juga biodata saudara dan perakuan menyatakan bahan yang berkenaan adalah milik saudara dan bukan daripada hasil yang diciplak daripada tulisan orang lain. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Tingkat 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain04.09.2017
Saya ingin bertanya tentang kata penguat. Definisi kata penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. Soalan saya, bolehkah kata penguat digunakan untuk menguatkan kata kerja sebagai contoh, ilmu itu sangat berguna atau bermanfaat kepada kita. Sekian, terima kasih

Untuk makluman tuan, perkataan berguna ialah kata adjektif + sifat. Maka, kata penguat sememangnya digunakan untuk menguatkan kata adjektif tersebut. Dalam konteks yang diberikan, kata penguat tersebut ialah kata penguat bebas (amat, sangat dan sungguh). Oleh sebab itu, contoh ayat yang diberikan, iaitu ‘Ilmu itu sangat berguna kepada kita’ betul dari segi tatabahasa.

Tatabahasa11.12.2019
adakah istilah "keterujaan" perlu didahului dengan perkataan "perasaan"?Mengikut buku Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, perkataan ‘keterujaan’ diberikan makna perihal (keadaan, sifat, rasa) teruja. Berdasarkan makna yang diberikan ini, perkataan ‘keterujaan’ telah merangkumi perasaan.   Contoh ayat:  Program yang bermanfaat itu mewujudkan keterujaan dalam  kalangan remaja supaya mereka mahu menyertainya.Tatabahasa18.05.2014
M Rizal Bob Buat guidelines/akta/peraturan/tataamalan pun dlm bahasa Inggeris.. bila dah nak publish terkial2 hantar jabatan terjemahan utk terjemahbke bahasa... ini adalah realiti dalam kerajaan!!Untuk amklumat tuan, melalui pelbagai kegiatan bersama antara DBP dengan jabatan kerajaan telah menghasilkan impak yang amat baik dan bermanfaat untuk Negara. Banyak dokumen, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan mempunyai salinan dalam bahasa Melayu.Lain-lain23.06.2015
123

Kembali ke atas