Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mas.a.lah] | برمسئله

Definisi : mempunyai (ada) masalah, me­ngandungi (menimbulkan) masalah: rambut ~ yg tidak terurus, kering dan mempunyai hujung yg berbelah; jika anda berasa sedih dan ~ hari itu janganlah jadikannya utk tidak bergiat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mas.a.lah] | برمسئله

Definisi : mempunyai masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masalah (kata nama)
Bersinonim dengan kesulitan, kerumitan, kesukaran, kemusykilan, persoalan, isu, hal;,
Kata Terbitan : bermasalah, memasalahkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya sangat bermasalah untuk menerangkan kepada ank murid mengenai perkataan berimbuhan akhiran..adakah pihak dapat membantu saya cara yang terbaik membantu murid memahami kata berimbuhan akhiran??

Puan boleh merujuk Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan maklumat seperti yang berikut:

1.     Akhiran kata nama (halaman 117-120)

2.     Akhiran Kata Kerja (i) Akhiran –kan (halaman 183); (ii) Akhiran –i (halaman 186)

3.     Akhiran daripada Sanskrit (halaman 307-308)

4.     Akhiran daripada Arab-Parsi (halaman 310).

Tiada teknik terbaik bagi mengajarkan bab akhiran kepada murid selain daripada guru memahami terlebih dahulu semua aspek yang berkaitan. Puan juga boleh mempelbagaikan contoh agar murid dapat membezakan setiap akhiran.

 

Tatabahasa12.03.2014
Apakah pilihan perkataan yang lebih baik untuk 'anggota kerja bermasalah" dan terjemahan kepada 'Performance Recovery'Salam sejahtera,

Perkataan yang dicadangkan ialah pekerja bermasalah.

Padanan performance recovery: pemulihan prestasi


Sekian, terima kasih.
Lain-lain03.04.2019
Salam, laman sesawang prprm bermasalah ke? Saya tidak dapat melihat ruangan khidmat nasihat dan lain-lain juga.Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Laman PRPM mengalami masalah teknikal. Sila layari semula pautan https://prpm.dbp.gov.my/ untuk menggunakan perkhidmatan kami. Maaf atas segala kesulitan.
Lain-lain29.11.2023
Adakah ayat ini ada bermasalah? Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan,namun kita yakin akan dapat diselesaikan awal.Cadangan ayat yang betul ialah  Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan dan kami yakin akan dapat menyelesaikan kerja ini dengan lebih awal.Tatabahasa09.07.2021
Saya guru Tahun Satu. Bermasalah dalam membaca suku kata, harap ditolong. Contoh: rambutan dan makanan, kata dasar dieja bersama atau ikut bunyi baca?Bagi contoh rambutan dan makanan, kedua-duanya dieja bersama iaitu ram.bu.tan dan ma.ka.nanLain-lain25.03.2007
Saya mendapati laman sesawang prpm bermasalah dan tidak boleh dicapai. Bilakah sistem akan kembali pulih dan boleh digunakan seperti biasa?Kami memohon maaf atas kesulitan yang saudara hadapi. Untuk makluman, portal PRPM kini boleh dicapai seperti biasa. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan PRPM.Lain-lain03.08.2023
Saya guru buku teks SMK Taman Molek Johor Bahru. Saya ingin membuat aduan berkaitan buku yang diterima pada 1 Januari 2015 bertajuk SEJAMBAK BAKTI TINGKATAN 1(F051123) tidak cukup muka surat. Jumlah buku yang bermasalah ini sebanyak 46 buah. Saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan segera memandangkan jumlah buku yang bermasalah ini melibatkan 46 orang pelajar. Sekian terima kasih.

Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my.

Lain-lain14.01.2015
Manakah jawapannya I Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada bermasalah disiplin di sekolah. II Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah menyesal sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. III Program Nilam dianjurkan bertujuan untuk memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah. IV Para pemimpin Palestin bersetuju untuk berbincang di meja perundingan sebagai langkah penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IVHanya ayat no. 4 sahaja yang betul. Ayat yang betul ialah i. Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada masalah disiplin di sekolah. ii. Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah kesal akan sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. iii. Program Nilam dianjurkan bertujuan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid di sekolah.Lain-lain19.08.2010
bolehkah perkataan "memotong" digunakan dalam ayat: Majikan itu MEMOTONG GAJI para pekerjanya yang bermasalah. terima kasih.Penggunaan kata "memotong" dalam ayat di atas betul.Sastera12.07.2019
Salam, Saya merupakan pelajar PHD dan ingin memperolehi senarai buku bergambar kanak-kanak dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di Malaysia. Ini merupakan salah satu kajian yang dijalankan oleh saya bagi meningkatkan penguasaan membaca murid di Malaysia. Terima Kasih atas bantuan yang diberikan.

Saudara boleh mendapatkannya dengan menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia atau merujuk buku-buku yang berkenaan di IPTA/IPTS yang mempunyai jurusan yang berkenaan.

Lain-lain03.12.2011
12

Kembali ke atas