Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mas.tau.tin] | برمستوطين

Definisi : menetap (di), ting­gal (di): keluarga mereka itu sudah turun-temurun ~ di negeri ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mas.tau.tin] | برمستوطين

Definisi : terus menetap di sesuatu tempat dan tidak berniat hendak berpindah lagi: Kami sudah lama ~ di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mastautin
Kata Terbitan : bermastautin, pemastautin,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENNESSEE

Tennessee ialah negeri di selatan Amerika Syarikat.

Nashville , ibu negerinya, merupakan pusat muzik

country yang paling terkemuka (lihat Muzik Country ).

Peneroka-peneroka Amerika menyeberangi

gunung-ganang di Tennessee untuk bermastautin di

kawasan gersang. Mereka terkenal sebagai golongan

yang bersemangat tinggi dan berani, mereka

menubuhkan kerajaan mereka sendiri di kawasan ini,

sebelum wujudnya kerajaan lain yang merdeka di

Amerika Utara. Kemudian, semasa Perang Saudara

Amerika (1861–1865), banyak pertempuran berlaku di

Tennessee .

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI

ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Brunei Darussalam. Adat perkahwinan Melayu Brunei terutama yang bermastautin di Kampung Air dan sekitarnya banyak berdasarkan atau dipengaruhi oleh Islam. Hal ini terjadi kerana Islam dan adat istiadat merupakan dua hal yang dominan yang menjadi teras sosiobudaya orang Brunei. Adat perkahwinan masyarakat in terbahagi kepada beberapa upacara.

 

BUDAYAKonsep
KESUSASTERAAN AMERIKA

Kesusasteraan Amerika tidak boleh

diterjemahkan dalam satu takrifan yang ringkas.

Kesusasteraan ini mencerminkan banyak tradisi

keagamaan, sejarah, dan budaya penduduk

Amerika, salah satu daripada negara yang

mempunyai penduduk berbilang kaum di dunia.

Ia termasuklah puisi, fiksyen, drama dan jenis

karya-karya lain oleh pengarang yang bermastautin

di Amerika Syarikat. Selain itu, kesusasteraan

ini juga meliputi bahan bukan bertulis seperti

kesusasteraan lisan orang asli Amerika serta cerita

rakyat dan legenda yang telah diwarisi turun-temurun.

Tambahan pula, kesusasteraan Amerika

meliputi laporan bertulis tentang Amerika oleh

para pendatang dan pelawat dari negara lain,

selain karya penulis berketurunan Amerika yang

menghabiskan sebahagian atau seluruh hidup

mereka di luar negara.

UMUM 
KAMPUNG GELAM

KAMPUNG GELAM, pusat pemerintahan Sultan Husin Syah, Sultan Singapura, semasa zaman pemerintahan British. Kampung Gelam mula dikenal setelah Sultan Husin atau Tengku Long, atas sokongan pihak British, membawa keluarga dan pengikutnya dari Riau datang bermastautin di Singapura pada awal abad ke-19.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BAHASA-BAHASA SABAH

BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris.

BAHASABahasa
NAINA SURIA DEWANA

NAINA SURIA DEWANA (   ?  -   ?  ), saudagar keturunan India (Keling) pada masa kerajaan Melayu Melaka. Dia bermastautin di Melaka dan menjadi kaya hasil kegiatan perdagangannya. Kekayaannya ada disebut dalam Sulalatus Salatin, “penghulu segala saudagar di dalam negeri Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NINA CATUNINA CATU (  ?  -  1514), saudagar keturuanan India (Keling), daripada golongan ceti, pada masa kerajaan Melayu Melaka. Nama sebenarnya mungkin Naina Ceti. Dia bermastautin di Melaka dan menjadi kaya hasil kegiatan perdagangannya.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas