Sindrom kematian bayi mengejut, juga
disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah
suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi
yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi
didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di
atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan,
walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji
keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di
kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi
mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab
utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah
memerhatikan kejadian yang membawa kepada
SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru,
tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang
malang ini tidak menangis atau meronta.