Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.maz.hab] | برمذهب

Definisi : tergolong dlm, berpegang pd atau menganuti mazhab: rata-rata umat Is-lam Chechnya beraliran Sunni dan ~ Hanafi; dr segi agama, mereka ~ Syafii; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermazhab


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN LIMERICK

Perjanjian Limerick ialah perjanjian yang

menamatkan peperangan antara raja-raja England,

William III dengan James II. Orang Inggeris telah

menggulingkan James, yang bermazhab Roman

Katolik pada tahun 1688 dan telah melantik William

yang bermazhab Protestan sebagai raja. Penyokong

James yang dikenali sebagai Jacobites , mula

memberontak di Ireland pada tahun 1689. William III

telah mengalahkan pihak Jacobites berulang kali

sehingga pada tahun 1691, mereka hanya

menguasai Limerick. Angkatan Jacobites membuat

keputusan untuk menyerah diri dan kedua-dua

pihak menandatangani Perjanjian Limerick pada 3

Oktober.

UMUM 
KARMASTI, AL-

Karmasti, al- ( ?– 899 H./ ?–1493 M.), ahli fiqh dan

ahli ilmu usul bermazhab Hanafi. Nama penuhnya

ialah Yusuf ibn al-Husayn al-Karmasti.

UMUM 
KANDAHLAWI, MUHAMMAD ZAKARIYYA AL-

Kandahlawi, Muhammad Zakariyya al- ( ?–1348 H./ ? –1930 M.),

ulama India yang terkenal bermazhab Hanafi,

juga merupakan tokoh jemaah Tabligh.

UMUM 
TILMISANIY, AL-SYARIF AL-

Tilmisaniy, al-Syarif al- (710–771 H / 1310–

1370 M.), ulama fiqh dan usul fiqh bermazhab

Maliki yang mendalami ilmu-ilmu wahyu dan ilmu

akal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn

Ahmad ibn Ali al-Alwani al-Syarif al-Tilmisani. Dia

dibesarkan di Tilmisan dalam sebuah keluarga

ilmuwan dan ternama. Dia mendapat bimbingan

serta tunjuk ajar ilmu al-Qur’an daripada al-Syeikh

Abu Zaid ibn Ya`qub dan mempelajari ilmu lain

daripada al-Qadhi Abu ‘Abdullah ibn Hadiyah al-

Qursyi, Abdullah al-Mujasi dan al-Qadhi al-Tamimi.

UMUM 
AMIDI, ABU AL-HASAN AL-

Amidi, Abu al-Hassan al- (551–631 H.), ahli ilmu

usul. Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan Sayd al-

Din ‘Ali ibn Abi ‘Ali ibn Muhammad ibn Salim al-

Tha‘labi. Dia bermazhab Hambali, kemudian

berubah kepada mazhab Syafi‘i. Dia pergi ke

Baghdad untuk belajar ilmu al-Qira’at, mahir

dalam perkara-perkara khilaf (berlainan pendapat)

dan mendalami ilmu Usuluddin, Usul Fiqh dan

Falsafah. Dia juga pergi ke Mesir dan terkenal

dalam pengajian ilmu Fiqh Syafi‘i. Ramai yang

menjadi anak muridnya. Kemudian dia berpindah

pula ke Syam dan meninggal dunia di sana. Antara

karya al-Amidi ialah Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam,

Abkar al-Afkar berkaitan ilmu kalam dan Lubab

al-Albab .

UMUM 
MAGHRIBIY, ABU AL-HASAN AL-

Maghribiy, Abu al-Hasan al- ( ? –199 H./ ?

–1783 M.), ahli fiqah yang pakar dalam bidang Usul

Fiqah. Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan ibn ‘Umar

ibn Ali al-Qal‘i yal-Maghribiy, bermazhab Maliki. Al-

Maghribiy berhijrah ke Mesir pada tahun 1154 dan

dilantik sebagai Syeikh Maghribi sebanyak dua atau

tiga kali. Dia juga menjadi jurucakap kepada

beberapa orang Syeikh terkenal.

UMUM 
ANSARIY, ZAKARIYYA IBN MUHAMMAD AL-

Ansariy, Zakariyya ibn Muhammad al- (823

H.–926 H./1420 M.–1519 M.) ialah Syeikh al-Islam,

Qadi al-Qudah dan al-Hafiz (pakar hadith yang

mahir dalam lebih daripada separuh dari

keseluruhan hadith nabi). Al-Ansariy juga ialah ahli

fiqh bermazhab Syafi‘i, ahli usul fiqh, ahli hadith, ahli

tafsir, ahli tatabahasa dan ahli ilmu kalam.

UMUM 
NURUDDIN AL-RANIRI

Nuruddin al-Raniri (? –1658), tokoh ulama, pujangga, ahli sufi, ahli undang-undang, dan falsafah dalam lingkungan Ahli Sunah Waljamaah bermazhab Syafii.

SASTERATokoh
NURUL HUDA ABDULLAH

Nuruddin al-Raniri (? –1658), tokoh ulama, pujangga, ahli sufi, ahli undang-undang, dan falsafah dalam lingkungan Ahli Sunah Waljamaah bermazhab Syafii.

SUKANTokoh
SYAMSUDDIN AS-SUMATERANI

SYAMSUDDIN AL-SUMATERANI ( ? -1630), ulama Sufi, penulis dan penyair. Nama sebenarnya ialah Syeikh Syamsuddin bin Abdullah al-Sumatera. Beliau bermazhab Syafii. Tarikh lahirnya tidak dapat diketahui dengan tepat, namun dikatakan pada akhir abad ke-16.

SASTERATokoh

Kembali ke atas