Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mi.gra.si] | برميݢراسي

Definisi : melakukan migrasi: banyak kaum yg ~ ke Amerika Syarikat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermigrasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
migration decisionkeputusan bermigrasiSosiologiTiadaTiada
migratory speciesspesies bermigrasiUndang-undangTiadaTiada
anadromous fishikan anadromiSains MarinTiadaIkan yang bermigrasi dari laut ke ekosistem air tawar untuk membiak. Ikan anadromi menetas di kawasan air tawar, tetapi membesar dan menghabiskan usianya di lautan, dan kembali ke habitat air tawar untuk membiak. Contohnya, ikan salmon, sturgeon, bass dan lain-lain. Banding ikan katadromi.
catadromous fishikan katadromiSains MarinTiadaIkan yang bermigrasi dari ekosistem air tawar ke laut untuk membiak. Ikan katadromi menetas di laut, tetapi hidup dan membesar di kawasan air tawar dan hanya kembali semula ke laut untuk membiak. Contohnya, belut. Banding ikan anadromi.
pelagic fishikan pelagikPerikananTiadaIkan yang hidup di dalam lautan yang luas dan sebahagian besarnya berada di lapisan permukaan perairan. Ikan ini biasanya hidup berkelompok dalam kumpulan yang besar, sama ada untuk mencari makanan, bermigrasi atau membiak. Ikan pelagik terdiri daripada dua jenis, iaitu pelagik besar seperti ikan tuna dan mersuji, dan pelagik kecil seperti ikan kembung dan selar.
migration routelaluan migrasiPerikananTiadaLaluan ikan dari satu kawasan ke kawasan yang lain, sama ada untuk membiak atau mencari makanan. Ciri laluan migrasi ialah laluan dari kawasan air panas ke air sejuk, berlawanan arus dan melibatkan jarak beribu-ribu kilometer. Migrasi lazimnya berlaku dari air laut ke air tawar. Contohnya, ikan salmon bermigrasi dari air laut ke air tawar untuk membiak.
longtail tunaaya hitamPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Thunnus tonggol, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian atas badannya berwarna biru gelap sehingga kehitam-hitaman, manakala bahagian bawah badannya berwarna putih keperak-perakan. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengolak atau merawai. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol dan aya.
dogtooth tunaaya tenggiriPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Gymnosarda unicolor, iaitu sejenis ikan berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna biru kehijau-hijauan dan di bahagian sisinya berwarna keperak-perakan. Saiz badannya boleh membesar sehingga 2.50 meter. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Aya tenggiri dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengerek (mengolak) atau merawai.

Kembali ke atas