Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mo.dal] | برمودل

Definisi : mempunyai modal: golongan kapitalis ~ besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermodal


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bermodalmempunyai modal: golongan kapitalis ~ besar;Kamus Dewan Edisi Keempat
permodalanperihal bermodal: syarikat ~ syarikat yg menanam modalnya dlm perniagaan atau perusahaan lain utk mendapatkan keuntungan.Kamus Pelajar
kaum modalorang-orang yg kaya (bermodal), golongan kapitalis;Kamus Dewan Edisi Keempat
permodalansegala hal atau urusan yg berkaitan dgn modal; perihal bermodal;Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpokok1. ditumbuhi pokok, terdapat atau ada pokok: sebidang tanah lapang yg langsung tidak ~; 2. berasal (drpd), bermula (dr); 3. berasas (pd), berdasar (pd); ~ pangkal pd berpunca drpd, mempunyai sesuatu sbg asas­nya; 4. berlantaran, bersebab; 5. bermodal;Kamus Dewan Edisi Keempat
modalwang atau harta benda yg digunakan sbg lunas utk berniaga atau utk menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan dll; pokok: Ia tidak mempunyai ~ utk berniaga secara besar-besaran. barang ~ barang-barang spt mesin dll yg dpt menghasilkan barang lain; penanaman ~ perbuatan menggunakan modal utk mendapatkan keuntungan dlm perniagaan atau perusahaan. ~ bergerak (berpusing) modal spt barang-barang mentah atau wang yg boleh berpindah-pindah. ~ campuran modal atau usaha gabungan. ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan. ~ tetap modal spt tanah atau bangunan yg tidak dpt dipindah-pindahkan. bermodalkan mempunyai sesuatu sbg modal. memodali memberi modal kpd (utk sesuatu perusahaan dll): iSyarikat itu dimodali bersama oleh Jepun dan Malaysia. permodalan perihal bermodal: syarikat ~ syarikat yg menanam modalnya dlm perniagaan atau perusahaan lain utk mendapatkan keuntungan. pemodalan perihal atau perbuatan memodali. pemodal orang (pihak dll) yg memberikan modal; kapitalis. semodal berkongsi dlm perusahaan; ikut serta dlm perniagaan dll: orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm sesuatu perusahaan.Kamus Pelajar
modalwang atau harta benda yg digunakan sbg dasar atau asas utk berniaga atau utk menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan dll; pokok: Ia tidak mempunyai ~ utk berniaga secara besar-besaran. barang ~ barang-barang spt mesin yg dpt menghasilkan barang lain; penanaman ~ perbuatan menggunakan modal utk mendapatkan keuntungan dlm perniagaan atau perusahaan. ~ bergerak (berpusing) modal spt barang-barang mentah atau wang yg boleh berpindah-pindah. ~ campuran modal atau usaha gabungan. ~ insan modal yg ada pd seseorang insan, spt ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal dan rohani. ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan. ~ tetap modal spt tanah atau bangunan yg tidak dpt dipindah-pindahkan. bermodalkan mempunyai sesuatu sbg modal. memodali memberi modal kpd (utk sesuatu perusahaan dll): Syarikat itu dimodali bersama oleh Jepun dan Malaysia. permodalan segala hal atau urusan yg berkaitan dgn modal; perihal bermodal: syarikat ~ syarikat yg menanam modalnya dlm perniagaan atau perusahaan lain utk mendapatkan keuntungan. pemodalan perihal atau perbuatan memodali. pemodal orang (pihak dll) yg memberikan modal; kapitalis. semodal berkongsi dlm perusahaan; ikut serta dlm perniagaan dll: orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm sesuatu perusahaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
modal1. wang atau harta benda yg diper­gunakan sbg pangkal atau pokok utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah keka­yaan dll), pokok (utk berniaga): jika sesuatu perniagaan itu rugi, akan tibalah masanya ~ utk menjalankan perniagaan itu habis; barang ~ barang-barang yg dapat menghasil­kan barang-barang lain (spt alat penenun dll); penanaman ~ perihal menggunakan modal utk mendapat keuntungan (dlm perniagaan, perusahaan, dll); 2. ki sesuatu yg digunakan utk mendapatkan atau mencapai sesuatu yg lain: kerbau itu cukup dijadikan ~ utk ber-isteri; baginya pelajaran adalah ~ terpenting utk mencapai kejayaan; 3. ki bp buah fikiran, idea: aku kehabisan ~ utk menyampuk cakap teman-temanku; ~ bergerak = ~ berpusing modal yg boleh berpindah-pindah (spt barang-barang men­tah, wang, dll); ~ campuran modal (usaha) gabungan; ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan; ~ sambut buah fikiran orang lain yg digunakan dlm sesuatu percakapan (perbincangan dll); ~ tetap modal yg tidak dapat dipindah-pindahkan (tanah, bangunan, dll); semodal berkongsi dlm perusahaan, ikut serta dlm urusan perniagaan dll; orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm perusahaan dll; bermodal mempunyai modal: golongan kapitalis ~ besar; bermodalkan mempunyai (atau mengguna­kan) sesuatu sbg modal: beliau memulakan perniagaan dlm bidang hiasan dalaman dgn ~ wang sebanyak RM25 ribu; memodali memberi modal (utk sesuatu per­niagaan, perusahaan, dll): beberapa orang saudagar telah ~ lombong-lombong itu; kemodalan perihal modal, bersifat mencari untung; permodalan; syarikat ~ syarikat yg mena­nam modalnya dlm perniagaan atau per­usahaan lain utk mendapat keuntungan; pemodal orang yg memberi modal, penanam modal: kebanyakan rumah haram di sekitar Kuala Lumpur, dibina oleh kaum ~ yg se-mata-mata mencari keuntungan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pokok1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya; 2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga; 3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam; 4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pen­dapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya me­manjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera; sepokok satu pokok, sama pokoknya, sama dgn harga beli (modal); berpokok 1. ditumbuhi pokok, terdapat atau ada pokok: sebidang tanah lapang yg langsung tidak ~; 2. berasal (drpd), bermula (dr); 3. berasas (pd), berdasar (pd); ~ pangkal pd berpunca drpd, mempunyai sesuatu sbg asasnya; 4. berlantaran, bersebab; 5. bermodal; memokoki memodali, memberi modal; memokokkan memusatkan (pd), menumpu­kan (pd); terpokok 1. terpenting sekali, terutama sekali; 2. mempunyai harga spt yg ditetapkan, berharga.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas