Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mo.ral] | برمورل

Definisi : mempunyai moral, berakhlak: pengarang menggambarkan Aminah sbg perempuan yg ~ rendah; tidak ~ tidak ber­akhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), ber­tentangan dgn ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mo.ral] | برمورل

Definisi : mempunyai moral; berakhlak: Mereka dididik supaya menjadi anak yg ~ dan tahu menghormati orang tua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
moral (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan akhlak, budi pekerti, budi bahasa, kesopanan, kesantunan, sopan, santun, ketertiban, adab, baik perangai;,
Kata Terbitan : bermoral,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DILARANG MELAKUKAN SEBARANG AKTIVITI YANG TIDAK BERMORAL DAN MAKSIAT DIKAWSAN INIUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain06.09.2016
Perkataan "lacur" dalam tafsiran/terjemahan DBP banyak dikhususkan kepada perbuatan kurang bermoral iaitu menjual maruah bagi seorang perempuan. Bolehkah perkataan "lacur" itu digunakan kepada penjualanbarang2 lain selain maruah, seperti saya katakan, "seorang penjual bunga telah melacurkan bunganya di tepi jalan"?Mengikut Kamus DEwan Edisi Keempat, halaman 864, perkataan lacur bermaksud 1. tidak jadi, gagal, malang,sial.2. buruk laku, sundal. Oleh yang demikian perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks melacurkan bunga. Makna02.05.2008
apakah mksud istilah berkelakuan baik, menderhaka terhadap kerajaan, dan fasih berbahasa melayuBerkelakuan baik bermaksud mempunyai akhlak yang baik, bermoral ataupun beretika. Menderhaka terhadap kerajaan bermaksud menentang atau tidak mengikut undang-undang yang telah sedia ada dalam sesebuah kerajaan yang sah. Fasih berbahasa Melayu bermasud seseorang itu boleh menuturkan bahasa Melayu dengan baik terutamanya dari sudut tatabahasa dan difahami oleh orang lain.Lain-lain29.06.2008
Apakah maksud “ilmu luas tanpa dilandasi,akidah sahihah dan akhlakull karimah,ibarat bangunan raksasa tanpa fondasi”?

Petikan ini dapat difahami seperti yang berikut: 

Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang jika tidak disertai dengan ilmu agama dan akhlak yang mulia, boleh ibaratkan seperti sebuah bangunan yang megah dan cantik tetapi struktur binaannya tidak kukuh. Kesimpulannya ilmu pengetahuan dan ilmu agama sama penting untuk melahirkan cendekiawan yang bermoral, berakhlak mulia dan menggunakan ilmu pengetahuan yang dimilikinya pada landasan yang benar.


Lain-lain17.07.2021
Salam, saya sedang mencari terjemahan yang sesuai untuk istilah virtue ethics. Saya maklum bahawa virtue diterjemahkan sebagai sifat murni. Terima kasih.Cadangan terjemahan kami bagi "virtue ethics" ialah etika murni. Merujuk Kamus Dewan, etika bermaksud "1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing­-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera."Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
Salam sejahtera, Saya berminat untuk membuat blog saya sendiri pada masa akan datang dan buat masa ini, saya ada menulis beberapa karya. Karya saya dipaparkan di platform media sosial tetapi identiti saya tidak disiarkan. Ada komen mengatakan karya saya mirip karya orang lain. Saya berasa bahawa tema kedua-dua karya sama tetapi jalan cerita berlainan. Saya hanya membaca sinopsis karya yang lain di website saja. Adakah karya saya plagiat? Bolehkan pihak encik/cik berikan nasihat?

Berdasarkan Seksyen 26 (1), Akta Hak Cipta, sesuatu karya itu adalah terletak hak mula-mulanya kepada pencipta. Hak moral kepada pencipta juga boleh dirujuk dalam Seksyen 25, Akta Hak Cipta.

Untuk makluman tuan, hak cipta yang diberikan kepada pemilik hak cipta mengawal pengeluaran semula karya dalam apa-apa bentuk. Perkara ini dinyatakan dalam Seksyen 13(1), Akta Hak Cipta 1987.

Kegiatan plagiat adalah perbuatan yang tidak bermoral dan merupakan satu bentuk pelanggaran hak cipta di bawah seksyen 36 (1) Akta Hak Cipta 1987. Setakat ini tiada kaedah khusus untuk mengesan kegiatan plagiat. Walau bagaimanapun, terdapat aplikasi di pasaran yang boleh membantu kita mengesan kegiatan plagiat.

Tuan juga boleh menghubungi Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan membuat permohonan pemberitahuan sukarela hak cipta untuk memudahkan pembuktian karya asli ciptaan tuan. Hal ini sejajar dengan Seksyen 26(A)(1) Akta Hak Cipta 1987.

Lain-lain06.04.2023

Kembali ke atas