Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mo.ral] | برمورل

Definisi : mempunyai moral, berakhlak: pengarang menggambarkan Aminah sbg perempuan yg ~ rendah; tidak ~ tidak ber­akhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), ber­tentangan dgn ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mo.ral] | برمورل

Definisi : mempunyai moral; berakhlak: Mereka dididik supaya menjadi anak yg ~ dan tahu menghormati orang tua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
moral (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan akhlak, budi pekerti, budi bahasa, kesopanan, kesantunan, sopan, santun, ketertiban, adab, baik perangai;,
Kata Terbitan : bermoral,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
immoraltak bermoralPsikologiTiadaTiada
immoraltak bermoralUndang-undangTiadaTiada
immoraltak bermoralSejarahTiadaTiada
corrupt governmentkerajaan curangSejarahTiadaPemerintahan yang mengamalkan penyelewengan, rasuah, perbuatan tidak bermoral dan tidak amanah.
aggressionpencerobohanSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan serangan secara tidak sah dan tidak bermoral oleh sesebuah negara terhadap negara lain. Campur tangan secara tidak sah menurut norma antarabangsa juga dianggap sebagai tindakan pencerobohan. Perlakuan ini biasanya berbentuk tindakan serangan walaupun kadangkala tindakan ini dilakukan atas dasar mempertahankan diri melalui dasar serangan terlebih dahulu. Bentuk pencerobohan boleh terjadi secara langsung umpamanya serangan Jepun terhadap Pearl Harbour pada tahun 1941. Terdapat juga pencerobohan secara tidak langsung seperti tindakan Amerika Syarikat mengintip melalui kapal terbang U2 terhadap Kesatuan Soviet antara tahun 1955 hingga 1960. Selain itu, pencerobohan juga boleh bersifat bukan ketenteraan. Tindakan ekonomi seperti boikot dan embargo turut tergolong dalam kategori pencerobohan terhadap sesuatu negara.
amoral behaviourtingkah laku tanpa moralSosiologiTiadaPerlakuan yang tidak berakhlak atau tidak bermoral dan biasanya menyalahi tata susila sesuatu masyarakat.
cybernoirsibernoirTeknologi MaklumatTiadaDigunakan untuk memerihalkan filem-filem siber yang pelik dan tidak bermoral.
censorshippenapisanUndang-undangTiadaTinjauan dan pemeriksaan yang dibuat terhadap penerbitan, filem, lakonan dan sebagainya bertujuan untuk menghalang penyebaran atau pengeluaran bahan-bahan yang boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau membahayakan keselamatan.
ethical behaviourtingkah laku beretikaPengurusanPerancanganTindakan oleh setiap ahli organisasi yang bertepatan dengan kehendak dan pemikiran masyarakat setempat. Tingkah laku beretika lazimnya berkenaan dengan urus niaga yang baik dan mampu menunjukkan amalan perniagaan yang bermoral termasuk amanah, keadilan, memelihara maruah, menghormati kepelbagaian dan hak setiap individu. Amalan ini juga seharusnya tidak bercanggah dengan sebarang peraturan dan undang-undang serta menjadi asas kepada budaya dan nilai yang dipegang oleh sesebuah organisasi. Contoh tingkah laku beretika ialah sikap telus dan penerangan secara terperinci oleh institusi perbankan yang memberikan pinjaman kepada para peminjam supaya mereka memahami setiap klausa perjanjian dengan jelas dan terhindar daripada unsur-unsur penipuan. Lihat juga tanggungjawab etika.
sentimental comedykomedi sentimentalKesusasteraanTiadaBentuk persembahan drama yang memaparkan kehidupan masyarakat kelas pertengahan. Komedi ini amat popular dalam kalangan khalayak kelas pertengahan pada abad ke-18 Eropah. Drama ini merupakan reaksi daripada drama sebelumnya yang mengetengahkan kehidupan yang tidak bermoral masyarakat kelas bangsawan. Untuk tujuan tersebut, tema yang ditonjolkan dalam drama ini berlegar tentang perhubungan lelaki dengan perempuan dengan nilai-nilai murninya, dan secara khususnya memberi penegasan dari aspek emosi dan perasaan. Watak sebagai wira dan wirawati digambarkan sebagai watak yang unggul dan sebagai ganjarannya, mereka akan dibalas dengan kebahagiaan. Contohnya, karya Richard Steele yang berjudul The Conscious Loves. Lihat juga komedi, komedi romantik.
12

Kembali ke atas