Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mo.tor] | برموتور

Definisi : 1. Id menaiki motokar atau moto­sikal; 2. dilengkapi motor, memakai motor: basikal ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mo.tor] | برموتور

Definisi : dilengkapi motor; ada motornya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermotor

Puisi
 

Di zaman dahulu bergalah perahu,
     Di zaman sekarang bermotor sangkut;
Dari dahulu adik dah tahu,
     Kenapa sekarang adik nak ikut.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH MAKSUD KENDERAAN TIDAK BERMOTOR ATAU 'NON MOTORISED VEHICLE'Tidak bermotor bermaksud tidak berjentera, contohnya pesawat peluncur ialah sejenis kapal terbang yang tidak bermotor (berjentera).Makna19.12.2010
kami mempunyai perusahan yang melibatkan penjualan dan menyimpan kereta bermotor, menjual alat-alat ganti kenderaan dan dalam masa yang sama kami menjalankan perkhidmatan servis kenderaan juga. Apakah perkataan atau ayat yang kami boleh gunakan dalam papan tanda dan papan iklan kami?.Perkataan yang dicadangkan ialah PENJUAL KERETA, ALAT GANTI DAN SERVIS KENDERAANLain-lain26.02.2013
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa jawi KEDAI MEMBAIKI & PENDAWAIAN KENDERAAN BERMOTORCadangan kami, tukar kepada PERKHIDMATAN PEMBAIK DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK KERETA. Dalam tulisan jawi: ڤرخدمتن ڤمباءيق دان ڤنداواين ايليكتريق كريتاLain-lain10.12.2019
Definisi/maksud pengangkutan awam menurut kamus dewan.Sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.Makna04.04.2013
Apakah terjemahan yang tepat bagi "food truck" (perniagaan makanan yang menggunakan kenderaan bermotor)? Sila rujukan laporan media ini:- http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/peserta-food-truck-raih-hasil-jualan-rm2-000-dalam-4-jam-1.4453051. Padanan bahasa Melayu untuk "food truck" ialah trak makanan.Penyemakan dan penterjemahan17.02.2017
Apakah istilah paling sesuai untuk campervan atau camper van dalam bahasa Melayu? Campervan berbeza daripada caravan yang tidak bermotor dan ditarik sebagai treler. Sebaliknya campervan didefinisikan sebagai kenderaan berjentera yang berfungsi sebagai pengangkutan dan juga tempat tidur. Contohnya seperti sebuah van yang diubah suai menjadi campervan bagi orang yang hidup nomad. Lain-lain istilah bagi campervan termasuk motor caravan dan caravanette. Harap pihak anda dapat membantu. Terima kasih.

Untuk makluman tuan/puan, belum ada padanan kata campervan dalam bahasa Melayu. walau bagaimanapun bahasa Melayu telah menerima padanan  istilah  karavan daripada caravan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan maklumat yang tuan/puan diberikan, campervan  membawa definisi  yang hampir sama dengan caravan iaitu   kenderaan yg dilengkapi tempat tidur, dapur dsb utk dijadikan sbg tempat tinggal semasa percutian.  Pihak kami mencadankan padanan campervan dalam bahasa Melayu ialah van perkemahan.

 

Istilah16.11.2019
Saya ingin meminta pendapat Tuan/Puan mengenai penggunaan bahasa dalam membuat papan tanda iklan untuk perusahaan kami dalam bidang automotif. bolehkan saya menggunakan bahasa pada papan tanda iklan saya seperti berikut : PUSAT SERVIS, MENJUAL ALAT-ALAT GANTI DAN KENDERAAN BERMOTOR. Jika ada cadanagn lain, sila nyatakan kepada saya.Iklan yang dinyatakan terlalu panjang. Kami mencadangkan PUSAT SERVIS DAN ALAT GANTI KENDERAAN.Tatabahasa25.02.2013
Tuan, apakah perbedaan antara "kenderaan" dengan "kendaraan"? Dikatakanlah bahawa "kenderaan" ejaan baku bahasa Melayu; "kendaraan" pula ejaan baku bahasa Indonesia. Jika dibandingkan kedua-dua kata itu daripada segi etimologi, yang manakah ejaan yang lebih baku?Salam sejahtera,

Tuan,

Perkataan kenderaan bermaksud enaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan; pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ awam = ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; ~ pacuan empat roda ken­deraan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan; ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan kurang drpd lima tan, spt kereta, van dan motosikal; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Tetapi, untuk makluman, perkataan "kendaraan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh diigunakan.

Jadi, perkataan yang boleh digunakan ialah perkataan kenderaan.

Sekian, terima kasih.
Makna15.06.2017
Adakah ayat ini betul dari segi struktur ayat dan tatabahasa? Perlu tak letak 'di kawasan perumahan ini' di hujung ayat sedangkan saya sudah nyatakan nama kawasan di permulaan ayat? 1. Menerusi kajian saya di kawasan Batu Lahad, pelepasan asap daripada kenderaan bermotor juga merupakan antara punca yang menyumbang kepada berlakunya pencemaran udara di kawasan perumahan ini.Frasa "di kawasan perumahan ini" boleh digugurkan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa11.07.2014
Harap pihak tuan dapat mengesahkan sama ada ayat di bawah ini tepat atau tidak. 1.Abu dan Ali membawa Ahmad di/ke taman. 2.Ani bangun awal/awal-awal pagi. 3.Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh. 4.Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah,tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan/di gerai tepi jalan. 8.Beca merupakan kenderaan bermotor tiga. 9.Di manakah pasar raya itu terletak?/Di manakah terletak pasar raya itu?

 Ayat yang betul ialah seperti yabg berikut: 1. Abu dan Ali membawa Ahmad ke taman. 2. Ani bangun awal pagi. 3. Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh (kedua-duanya betul). 4. Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah, tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan. 8. Beca merupakan kenderaan beroda tiga. 9. Pasar raya itu terletak di mana?

Tatabahasa07.04.2010

Kembali ke atas