Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mo.tor] | برموتور

Definisi : 1. Id menaiki motokar atau moto­sikal; 2. dilengkapi motor, memakai motor: basikal ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mo.tor] | برموتور

Definisi : dilengkapi motor; ada motornya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermotor

Puisi
 

Di zaman dahulu bergalah perahu,
     Di zaman sekarang bermotor sangkut;
Dari dahulu adik dah tahu,
     Kenapa sekarang adik nak ikut.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEROWONG ARLBERG

Terowong Arlberg ialah dua buah terowong,

iaitu terowong landasan kereta api dan terowong

kenderaan bermotor yang terdapat di bahagian

barat Austria, di antara provinsi Vorarlberg dan

Tyrol. Kedua-dua terowong itu dibina dengan

mengorek Gunung Arlberg di hujung timur laut

Banjaran Rhaetian (lihat Austria [peta politik]).

Terowong landasan kereta api sepanjang 10.3

kilometer yang menyambungkan Paris ke Vienna

merupakan rangkaian yang penting. Terowong ini

dibuka pada tahun 1884 dan menggunakan kuasa

elektrik pada tahun 1923. Terowong jalan raya pula

sepanjang 14 kilometer dan dibuka pada tahun

1978.

UMUM 
AMBULANS

Ambulans ialah kenderaan yang direka bentuk

khas untuk mengangkut orang sakit atau cedera.

Kebanyakan ambulans ialah kenderaan bermotor

yang dicat dengan lambang palang atau lambang

khas yang lain.

UMUM 
MAYBACH WILHELM

Maybach Wilhelm (1846–1929) ialah jurutera

Jerman yang menjadi perintis dalam pembuatan

kereta bermotor.

UMUM 
AUTOMOBILE ASSOCIATION (AA)

Automobile Association (AA) di Britain ialah

pertubuhan permotoran terbesar di dunia. Ia

mempunyai lebih enam juta ahli. Tujuan persatuan ini

umumnya adalah untuk melindungi dan

meningkatkan minat pemandu kenderaan bermotor

dan menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh

untuk ahlinya. Perkhidmatan yang diberikan meliputi

servis kerosakan, bantuan dari segi undang-undang,

maklumat teknikal, pelan jalan, perakuan hotel, dan

sebuah buku panduan percuma. AA mengatur

insurans motor dan lain-lain, dan merupakan

penerbit utama buku berkaitan dengan perjalanan,

panduan dan peta.

UMUM 
TEROWONG SAINT GOTTHARD

Terowong Saint Gotthard ialah dua buah

terowong – terowong jalan raya dan terowong

kereta api melalui Pergunungan Alps di selatan

Switzerland . Terowong jalan raya, dikenali

Terowong Jalan St. Gotthard ialah terowong

kenderaan bermotor terpanjang di dunia yang

panjangnya 16.3 kilometer. Terowong kereta api

pula sepanjang 15 kilometer.

Kedua-dua terowong ini hampir selari sejauh

1200 meter di atas aras laut. Kedua-duanya

menyediakan laluan mudah bagi melintasi

Lepontine Alps menggunakan laluan di antara

Zurich , Switzerland, dengan Milan di utara Itali.

Untuk lokasi, lihat Switzerland (peta). Terowong

kereta api dibina antara tahun 1872 hingga tahun

1882. Terowong jalan raya disiapkan pada tahun

1980.

UMUM 
BAS

Bas, sejenis kenderaan besar, bermotor dan mempunyai roda, yang membawa penumpang, beroperasi biasanya mengikut jadual perjalanan tertentu.

KEJURUTERAANKenderaan/Pengangkutan
ASBUT

Asbut ialah satu bentuk pencemaran udara.

Istilah ini pertama kali digunakan pada tahun 1905

untuk menerangkan gabungan asap dan kabut

tebal yang kadangkala menyelubungi London

serta bandar raya lain di United Kingdom. Kini,

asbut juga merujuk kepada keadaan yang

disebabkan oleh tindakan cahaya matahari pada

gas ekzos daripada kenderaan bermotor dan

kilang. Asbut jenis ini kadangkala dikenal sebagai

asbut fotokimia .

UMUM 
NOMAD

Nomad ialah orang yang berpindah dari satu

tempat ke satu tempat lain sebagai cara untuk

meneruskan kehidupan. Perkataan nomad berasal

daripada perkataan Yunani yang bermakna orang

yang merayau mencari padang ternakan.

Kebanyakan orang nomad berpindah ke sesuatu

kawasan tertentu menurut kitaran atau pusingan

berdasarkan aktiviti dan musim. Orang nomad

biasanya berpindah menggunakan haiwan atau

kayak ataupun berjalan kaki. Namun kini,

sesetengah orang nomad mengembara

menggunakan kenderaan bermotor.

UMUM 
SARK

Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan

Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England

dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya

kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer

lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan

sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini

terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar

dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan

daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak

teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya.

Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor

adalah satu-satunya kenderaan bermotor

dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang

paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark

merupakan kerajaan gabungan feudal dan

demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan.

Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama

dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi

dengan bot dari Jersey, yang mempunyai

perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari

England. Semasa Perang Dunia II (1939–1945),

tentera Jerman menduduki pulau ini.

Lihat juga Kepulauan Channel.

UMUM 
TEBU

Tebu ialah tumbuhan rumput yang tinggi, yang

tumbuh di negara-negara tropika dan separa

tropika. Tebu terdiri daripada batang yang tegap

setinggi lima hingga sembilan meter dan

diameternya kira-kira lima sentimetar. Batang ini

mengandungi jus bergula yang daripadanya dibuat

gula dan molas. Serat tumbuhan yang tinggal

selepas jus diekstrak biasanya dibakar sebagai

bahan api untuk menjana elektrik. Serat ini juga

boleh digunakan untuk membuat papan serat dan

kertas. Apabila tebu diperah dan ditapai, ia

menghasilkan cecair yang disuling untuk membuat

etanol, iaitu alkohol biasa yang kadangkala

digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan

bermotor.

UMUM 

Kembali ke atas