Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mun.cung] | برمونچوڠ

Definisi : 1. mempunyai mulut yg pan­jang; 2. bk berkata, bercakap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
muncung (kata nama)
1. Dalam konteks pada haiwan
bersinonim dengan mulut, domol, luncung, paruh, jongor,

2. Dalam konteks pada benda
bersinonim dengan mulut, cerat, curat, cerompong, cucur, corot, monyong,

Kata Terbitan : bermuncung, memuncungkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spigoted stock potperiuk kaldu bermuncungPentadbiran PerniagaanTiadaPeriuk kaldu dengan kepala paip yang membolehkan cecair keluar tanpa perlu mengangkat periuk atau mengasingkannya daripada bahan pepejal.
diagonal plierplayar pepenjuruKesenianTiadaPlayar bermuncung serong yang biasanya digunakan untuk memotong dawai.
round nose chiselpahat muncung bulatKesenianTiadaPahat bermuncung untuk membentuk permukaan yang cekung.
snipe nosed pliersplayar muncung tajamKesenianTiadaPlayar yang bermuncung tirus.
electric kettlecerek elektrikSosiologiTiadaBekas air yang bertutup, bertangkai dan bermuncung untuk menjerang air dengan menggunakan kuasa elektrik.
gooseneck spray gunpenembak sembur leher angsaKejuruteraan AutomotifTiadaPenyembur cat yang bermuncung panjang, dan digunakan untuk mengecat bahagian tertentu.
co-extrusionpenyemperitan bersamaMakanan dan PemakananMakananProses penekanan dua atau lebih bahan melalui alat bermuncung dengan tekanan dan haba yang tinggi untuk menghasilkan satu bahan. Contoh bahan makanan yang dihasilkan menggunakan proses ini ialah snek berinti.
blue marlinmersuji biruPerikananTiadaSejenis ikan daripada famili Istiophoridae, spesies Makaira mazara. Mersuji biru bermuncung tajam seperti tombak, bersisik halus serta bahagian atas badan berwarna biru gelap. Ikan ini hidup di laut lepas, bersifat pelagik, aktif bergerak, berhijrah jauh dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut musim serta menyambar mangsa yang terdiri daripada sotong dan pelbagai jenis ikan. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi bersaiz besar dan mempunyai kekuatan yang lebih kuat berbanding mersuji hitam. Ikan ini memberikan pertarungan yang sengit semasa bertarung dan biasanya memerlukan tenaga berkumpulan untuk mendaratkannya ke atas bot.
goose neck spray gunpenembak sembur leher angsaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenyembur cat yang bermuncung panjang, dan digunakan untuk mengecat bahagian tertentu.
discoid carverpengukir diskoidPergigianTiadaAlat tangan dwihujung yang digunakan untuk mengukir restorasi amalgam. Alat ini berbentuk sudu yang bermuncung tajam. Ia diperbuat daripada keluli nirkarat dalam pelbagai saiz dan penggunaannya bergantung kepada keluasan kaviti. Lihat gambar.

Kembali ke atas