Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermurah;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Kita harus bersikap bertanggungjawab. / Kita harus bertanggungjawab. 2. Kita patut bersikap bermurah hati. / Kita patut bermurah hati.

Saudara Ang,

Ayat yang dikemukakan kesemuanya tidak salah. Penggunaannya bergantung pada gaya dan cara penyampaian penulis. 

Tatabahasa15.03.2010
apakah pola ayat bagi ayat yang berbunyi " Rakyat di negara ini sangat bermurah hati" ?

Saudara Fykheng,

Pola ayat tersebut adalah FN+FA.

Tatabahasa27.08.2009
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "memerlukan", adakah ini kata kerja tak transitif kalau digunakan dalam ayat ini : 1. Kita haruslah bermurah hati untuk membantu orang yang memerlukan. Adakah "memerlukan" dalam ayat ini betul? Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.Perkataan “memerlukan” dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul dan merupakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. Tatabahasa24.12.2021
Adakah "apakah" dalam ayat-ayat yang berikut digunakan dengan tepat? Atau "adakah" lebih sesuai digunakan dalam ayat-ayat tersebut? Bagaimanakah membezakan penggunaan "adakah" dan "apakah"? 1) Apakah awak tak dapati, topeng ini pecah ketika ditendang tadi? 2) Apakah awak bermurah hati terhadap penyelamat lain juga? 3) Apakah saya nampak hantu tadi? 4) Apakah awak nak balik ke rumah? 5) Apakah sebab ini cukup munasabah? 6) Apakah pengurus besar akan susah hati jika nampaknya? 7) Apakah awak dah lupa apa itu kesopanan? 8) Apakah kita tersilap bidang? 9) Apakah kita perlu hasilkan karya besar? 10) Apakah saya tercicirnya di rumah? Terima kasih.Salam sejahtera,

Perkataan adakah biasanya digunakan untuk mengeraskan pertanyaan, ada atau tiada. Contohnya, soalnya, adakah terdapat novel karangannya? Perkataan apakah pula digunakan untuk mengetahui sesuatu dengan lebih lanjut dan jelas. Contohnya, Apakah pengajaran yang anda dapat daripada peristiwa yang tergambar dalam syair itu? Merujuk kepada persoalan tuan, perkataan adakah lebih sesuai untuk soalan nombor 1 hingga 10 berdasarkan kefahaman untuk mengeraskan pertanyaan, ada atau tiada. Kesimpulannya, penggunaan perkataan adakah dan apakah dalam ayat-ayat bergantung kepada konteks ayat dan maksud soalan.


Terima kasih.
Lain-lain19.01.2018
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih.Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain.Tatabahasa22.07.2013

Kembali ke atas