Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermuram;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
“Apakah gerangan yang menyebabkan ______ kelihatan bermuram durja?” tanya Tun Perak kepada Sultan Melaka. Adakah betul penggunaan perkataan apakah tersebut?Jawapan yang tepat ialah “Apakah gerangan yang menyebabkan tuanku kelihatan bermuram durja?” tanya Tun Perak kepada Sultan Melaka.Lain-lain14.05.2020
Siapakah gerangan atau siapakah gerangan yang menyebabkan tuanku kelihatan bermuram durja? Yang mana satukah lebih tepat penggunaan bahasanya? Siapakah atau apakah? Mohon penjelasan. terima kasih

Jika dilihat pada konteks ayat, kedua-dua perkataan boleh digunakan secara bersilih ganti. Hal ini disebabkan kata “gerangan” bermaksud agaknya, rupanya dan barangkali yang merupakan kata yang ditambahkan pada kata tanya untuk menunjukkan masih berasa bimbang atau waswas.

Lain-lain14.05.2020
Saya ada 2 soalan nak tanya: 1)Adik kecil saya tertidur di dalam buaian. 2)Bolehkah kamu terangkan mengapa kamu asyik bermuram sahaja sejak belakangan ini dan apakah yang dapat saya lakukan untuk membantu kamu? Adakah 2 soalan tersebut salah?Jika salah,tolong beri jawapan yang betul.Terima KASIH.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa28.01.2012
saya ingin bertanya, bolehkah DBP mewujudkan imbuhan baru untuk kata lawan bagi ber-? Seperti yang kita tahu, ber- mempunyai maksud 'memiliki' atau 'perbuatan persalingan' (daripada https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/129). Jika kita lakukan perbandingan bahasa ( Melayu & Inggeris) bagi maksud 'memiliki' ber(sifat), baju berlengan pendek = short sleeve shirt. Tetapi baju tanpa lengan = sleeveless shirt. berguna = useful, tidak berguna = useless. Banyak lagi perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan -less, memudahkan komunikasi dan memendekkan jumlah perkataan dalam perbualan. Saya berharap agar penambahbaikan ini dapat dipertimbang kerana bahasa Melayu sepatutnya sudah wujudkan banyak istilah sains, berbanding menterjemah begitu sahaja. Terima kasihKamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan imbuhan "ber-(be-, bel-) sebagai entrinya. Terdapat 30 pecahan makna yang berjaya diisih dan disusun secara teliti berserta contoh kata terbitannya. Maklumat tatabahasa juga diberikan sebagai panduan pengguna bahasa. Berikut adalah sebahagian daripada pecahan makna imbuhan tersebut:

ber- (be-, bel-)
awalan

1 secara umumnya, apb bergabung dgn kata dasar tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dll yg berkaitan dgn kata dasar tsb, mis berdayung, berjumpa, berdalih, bersosial, bermusuh, bergotong-royong, berdakwah, berbuat, golongan berada, cukai berbayar, berjalan berjengket-jengket membawa sekole kopi, dan Berenang mampu menurunkan berat badan;

2 apb bergabung dgn kata kerja, kata nama atau kata adjektif tertentu membentuk kata terbitan yg membawa maksud berada dlm keadaan yg berkaitan dgn kata dasar, mis berlapar, bercelup, bertulis, berhujan, berembun, bergelap, bergembira, berpantang, berbara, bercatu, belum berbasuh, bermuram durja, kain berjahit dan kayu bergergaji;

3 membawa maksud ada atau mempunyai, mis berduit, berkudis, bermuatan, berayah, berasas, berbeza, berhasrat, tiada berbanding, gula-gula berangin, selekoh berbahaya, pihak berkuasa, renang berirama, berhalangan, bertujuan, berfikiran, berperanan, dan berkaitan;

4 apb bergabung dgn kata tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan pd diri sendiri, mis berdandan, bercukur, bersolek, bercermin, berdiang, berdiet, bergambar dan berjemur;


Untuk mendapatkan keseluruhan pecahan makna imbuhan ini, pengguna disarankan memiliki Kamus Dewan Perdana.
Lain-lain24.06.2021

Kembali ke atas