Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mu.sim] | برموسيم

Definisi : 1. sudah sampai atau tiba musim­nya; belum ~ belum sampai musim atau masa­nya; 2. mengikut musim: tanam-tanaman ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mu.sim] | برموسيم

Definisi : 1 sudah sampai atau tiba musimnya: Durian belum ~ lagi. 2 mengikut musim (tidak sebarang waktu saja): Durian dan rambutan ialah jenis buah-buahan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musim (kata nama)
Bersinonim dengan masa, waktu, tempoh, jangka masa, jangka waktu;,
Kata Terbitan : bermusim,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONSUN

Monsun ialah angin bermusim yang bertiup di

bahagian utara Lautan Hindi, terutama di Laut Arab

serta kebanyakan kawasan daratan di sekelilingnya.

Angin monsun bertiup sepanjang masa dari arah

barat daya pada bulan April hingga Oktober. Ia

bertiup dari arah timur laut pada bulan November

hingga Mac.

UMUM 
SIROCCO

Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang

bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau

Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin

ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara

Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean.

Angin sirocco mungkin membawa bersamanya

lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean

dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas

dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin

ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala

angin ini membawa bersamanya debu gurun.

Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir

pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin

ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan

mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin

panas yang tidak bermusim yang bertiup dari

selatan di kawasan Mediterranean.

UMUM 

Kembali ke atas