Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.naf.su] | برنفسو

Definisi : dgn penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu: mereka tidak begitu ~ utk memakan kuih itu; matanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.naf.su] | برنفسو

Definisi : dgn penuh nafsu; ada nafsunya: Saya tidak ~ hendak makan kuih itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafsu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan keinginan, kemahuan, kehendak, dorongan hati;,
Kata Terbitan : bernafsu,

Peribahasa

Jangan bagai orang patah selera,
     banyak makan.

Bermaksud :

Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
(o)estrus cyclekitar estrusBiologiFisiologiKeadaan bernafsu yang berulangan dan perubahan berkorelasi dalam salur pembiakan pada haiwan betina dewasa dalam kebanyakan haiwan mamalia.
castration complexkompleks kembirianKesusasteraanTiadaTeori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud tetapi dipertikaikan oleh ramai pengkritik. Menurut teori ini, kanak-kanak lelaki mempunyai nafsu seksual terhadap ibunya tetapi terpaksa dinyahkan keinginan songsang itu oleh bapanya dengan ugutan untuk mengembirikan anak lelakinya. Pengembirian boleh berlaku dengan pelbagai cara, biasanya secara simbolik dan tidak langsung. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka berasakan diri mereka telah dikembirikan dan membesar dengan mempunyai perasaan iri hati terhadap lelaki kerana mempunyai zakar. Freud menamainya sebagai �konsep iri hati pada zakar�. Teori ini sukar diterima oleh sesetengah pihak kerana dianggap tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam kalangan pengkritik atas sebab-sebab keagamaan dan moral. Dalam sastera Yunani purba, watak Oedipus merupakan motif anak lelaki yang bernafsu seksual terhadap ibunya serta membunuh bapanya bagi mencapai matlamat nafsunya. Freud menggunakan senario Oedipal ini untuk menerangkan teori bagaimana kanak-kanak lelaki dan perempuan mendapat identiti gender mereka, iaitu budak lelaki harus belajar melepaskan perkongsian identiti dengan ibunya dan mula mengenali dirinya lebih mirip dengan bapanya. Budak perempuan pula melepaskan bapanya dan mengenali dirinya sama seperti ibunya. Persoalan identiti gender ini mendapat perhatian ahli feminis dan kajian dalam teori feminisme. Pemikiran ini banyak dimanfaatkan dalam penulisan sastera.

Kembali ke atas