Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.nam] | برنم

Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil), kenidai bukit, memputeri, mengerai, Glochidion sericeum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bernam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster.
  2. Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
  3. Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.
  4.  Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya.
  5. Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat.
  6. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali.
  7. Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas.
  8. Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan.
  9. Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah."
  10. Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.
  11. Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya.
  12. Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu.
  13. Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka.
  14. Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein.
  15. Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar.
  16. Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.
  17. Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini.
  18. Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh.
  19. Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.
Tatabahasa20.01.2015
Salam sejahtera. Saya adalah seorang guru muzik pernah menulis beberapa buku muzik sebelum ini yang telah diterbitkan oleh beberapa penerbit swasta dan universiti tempatan. Pada 11 September 2007 saya telah menubuhkan Syarikat TABUH EMAS (pemilik bersama isteri saya / kerana saya seorang pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat). Kini syarikat TABUH EMAS telah menerbitkan sebuah buku berjudul "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 1" ISBN 978-783-43662-0-9 dan sedang dalam proses akhir percetakan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 2" ISBN 978-983-43662-1-6. Kerja-kerja persediaan penulisan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 3" telah dimulakan dan dijangka diterbitkan pada penghujung 2009 ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai DANA INDUSTRI BUKU yang dikatakan hanya digunakan RM3J daripada RM10J yang telah diperuntukkan. Adakah kami layak untuk memohon dana tersebut dan bagaimanakah caranya. Saya telah pun menulis surat kepada Ususetia Dana mengenai perkara ini. Terima kasih MASTOR HJ JARKASEH Tabuh Emas (IP-0265571-U) No.53 Jalan Teratai Taman Serendah Sabak Bernam 45200 SelangorSila daftar dengan Kementerian Kewangan terlebih dahulu iaitu dibawah kod bidang 010100 dibawah bahan bacaan kemudian memohon untuk mendapatkan dana.Lain-lain24.04.2009

Kembali ke atas