Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.nam] | برنم

Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil), kenidai bukit, memputeri, mengerai, Glochidion sericeum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bernam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cist (grave)batu kepingan (kubur)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKepingan batu granit yang disusun bersandaran antara satu sama lain seperti bentuk keranda. Heine-Geildern berpendapat amalan ini merupakan peninggalan Zaman Megalitik yang berkembang sekitar 1000-1500 M. Tinggalan kubur batu kepingan (kubur) ditemui di sekitar Lembah Bernam (Selangor), Slim River, Sungkai, Tanjung Rambutan, Batang Padang dan Changkat Menteri (Perak) manakala di Indonesia, kubur batu keping yang mempunyai pasak antara satu kepingan dengan kepingan yang lainnya telah ditemui di Gunung Kidul, Jawa Timur. Contoh artifak yang ditemui dalam kubur batu kepingan ialah manik kaca, tembikar dan logam.
non-destructive techniqueteknik tak punahArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik analisis yang tidak merosakkan, memusnahkan atau memecahkan artifak. Kaedah ini melibatkan kajian makmal. Antaranya melalui teknik sinaran x-gama dan radiografi neutron. Teknik ini dapat mengesan bahagian dalam artifak dan elemennya tanpa meninggalkan sebarang kesan pada artifak. Contohnya, artifak mata tombak di Lembah Bernam (Selangor) dan duit binatang di Kota Kuala Muda (Kedah) dikesan retakan dan sambungan bahagian dalamnya apabila kaedah ini digunakan.
beadmanikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPerhiasan yang digunakan dalam bentuk kalung atau rantai. Pada zaman prasejarah, manik dihasilkan dengan menggunakan tulang ikan, gigi binatang dan kulit kerang. Kemudian pembuatan manik berkembang dengan menggunakan tanah liat, kaca dan batu. Antara jenis batuan terdiri daripada jasper, kuartza, kalsedoni, beril, akik merah, ametis, kristal dan jed. Antara tempat penemuan manik di Malaysia ialah di Kuala Selinsing (Perak), Lembah Bujang (Kedah), Kampung Sungai Lang dan Lembah Bernam (Selangor).

Kembali ke atas