Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.na.ma] | برنام

Definisi : 1. memakai nama, mempunyai nama: pekannya ~ Simpang Empat; 2. mendapat nama, masyhur, terkenal: penulis yg belum ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.na.ma] | برنام

Definisi : akronim bagi Berita Nasional Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.na.ma] | برنام

Definisi : 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Jauh ayam dalam kurung,
     Kurung bernama Cik Murai;
Padi masak dimakan burung,
     Burung bernama burung punai.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Jikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun,
     bernama intan juga.

Bermaksud :

Perkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Datuk saya bernama Kumar. Adakah penggunaan perkataan bernama dalam ayat ini salah? Merujuk kamus, bernama digunakan untuk tempat atau seseorang yang terkenal.Bernama bermaksud mempunyai nama atau memakai nama. Ayat Datuk saya bernama Kumar, betul.Tatabahasa13.01.2016
Setahu saya "supply base" biasanya diterjemahkan sebagai "pangkalan bekalan". Contoh: Pangkalan Bekalan Tok Bali. Tetapi laporan berita Bernama menulis sebagai "Pangkalan Perbekalan Tok Bali" (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1186264). Jadi, yang mana satu betul?Cadangan terjemahan "supply base" ialah pangkalan pembekalan.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2015
Contoh, YB Menteri bernama ABC menjawat jawatan berkenaan pada 2009-2013, kini jawatan berkenaan disandang YB bernama XYZ dari 2013 hingga kini.. Sekiranya pada tahun 2021 kita menulis sesuatu yang berlaku pada tahun 2010, perlukah ditambah 'mantan' pada YB Menteri bernama ABC berkenaan? Contoh ayat: Pada 12 Januari 2010, 'mantan' YB Menteri telah bersetuju supaya.... Mohon bimbingan dan pandangan tuan.
Ayat yang betul ialah Pada 12 Januari 2010, YB Menteri telah bersetuju supaya ...

Perkataan "mantan" tidak perlu ditambah dalam ayat ini kerana pada tarikh yang dinyatakan, jawatan tersebut sedang disandang oleh YB Menteri yang dinyatakan.
Tatabahasa12.12.2021
Saya ingin bertanya tentang ayat ini. "Bumi... planet ketiga daripada bintang bernama matahari." atau, "Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari." yang manakah menggunakan kata sendi yang betul? Dari atau daripada?Penggunaan kata sendi yang betul ialah "Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari."Tatabahasa13.04.2022
Saya bernama Mareenee Sama-alee pelajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya,apakah buku yang berkaitan dengan sejarah Bangkok Thailand TerimakasihUntuk makluman tuan, tiada data mengenai buku sejarah Bangkok, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Puan juga boleh merujuk laman web  http://www.ukm.my/penerbit/f569-x.html  untuk buku terbitan UKM. Tatabahasa06.11.2013
Saya bernama Mareenee Sama-alee pelajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya,apakah buku yang berkaitan dengan Bahasa Melayu di Fatani,terima kasih.Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku berkaitan dengan bahasa Melayu di Pattani, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Lain-lain06.11.2013
saya bernama Mareenee Sama-alee belajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya,apakah buku yang berkaitan dengan sejarah Bangkok Tailahd TerimakasihUntuk makluman tuan, tiada data mengenai buku sejarah Bangkok, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Puan juga boleh merujuk laman web http://www.ukm.my/penerbit/f569-x.html untuk buku terbitan UKM. Lain-lain06.11.2013
Adakah herba bernama rosemary dikekalkan ejaannya atau diubah kepada 'rosmari' apabila menulis?
Menurut data kami, ejaan yang betul ialah rosemary.
Lain-lain03.10.2018
Anjing saya bernama Si Putih. Bulunya panjang dan tebal. Bolehkah saya menggunakan "nya" untuk binatang ? Terima kasih.

Merujuk ayat di atas, nya boleh digunakan.

Tatabahasa27.04.2010
Saya ingin bertanya tentang ayat ini. Bumi... planet ketiga daripada bintang bernama matahari. atau, Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari.Penggunaan kata sendi yang betul ialah "Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari."Lain-lain11.04.2022
12345678910

Kembali ke atas