Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.nas] | برنس

Definisi : 1. berisi penuh (padi, susu, dll): anak-anak padi tumbuh dgn subur, rumpunnya besar, buahnya lebat dan ~; 2. subur dan banyak hasilnya (tanaman padi): tanamannya ~; 3. ki berisi (ucapan dll): kemukakanlah fikiran yg bernilai dan ~; kebernasan perihal bernas, bernasnya: ~ isi atau fakta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.nas] | برنس

Definisi : 1 penuh berisi (ttg buah padi dsb): Padinya tumbuh dgn subur, rumpunnya besar, batangnya lebar dan buahnya ~. 2 subur lagi banyak hasilnya (ttg padi dsb): Hasil padinya tahun ini sungguh ~. 3 ki berisi dan matang (ttg percakapan atau ucapan): Ceramahnya malam tadi memang ~ dan bermutu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bernas

Peribahasa

Tak ada padi yang bernas setangkai.

Bermaksud :

Tak ada suatu apa pun yang sempurna semuanya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah antara berikut adalah benar tentang Kata Nama Khas. A. Encik Redza merupakan Ketua Eksekutif Pemasaran di Syarikat Bernas. B. Encik Redza merupakan ketua eksekuif Pemasaran di Syarikat Bernas.Penulisan kata nama khas yang betul ialah “Encik Redza merupakan Ketua Eksekutif Pemasaran di Syarikat Bernas”.Ejaan21.06.2023
Adakah terdapat kesalahan dalam ayat-ayat berikut : 1. Pada pendapat saya, hujah yang disampaikan amat bernas. 2. Ana bekerja di kilang coklat itu semenjak berumur 16 tahun. Jika ada, mohon diperbetul. Terima kasih.1. Pada pendapat saya, hujah yang disampaikan olehnya amat bernas.
2. Ana bekerja di kilang coklat itu semenjak berumur 16 tahun.
Tatabahasa10.03.2015
____ kepalanya sungguh bernas. Bolehkah saya mengisi perkataan " isi " dalam garisan itu? Atau jawapan lain ? Terima kasih.Saudara, harap maaf kami tidak melayan soalan berbentuk teka silang kata.Lain-lain18.05.2010
Saya ingin menulis satu karangan yang bertajuk "kepincangan institusi keluarga menjejaskan kesejahteraan negara". tetapi isi saya tak cukup bernas. selain isi gejala sosial, saya tidak dapt memikir isi yang lain. Bolehkah tuan atau puan memberi candangan tentang isi bagi karangan ini?Untuk menulis karangan yang baik saudara perlu membuat penyelidikan tentang tajuk ini dalam makalah yang disiarkan dalam akhbar atau majalah. Saudara boleh juga membuat penyelidikan di perpustakaan yang terdapat di tempat atau sekolah saudara.   Lain-lain23.08.2008
Salam sejahtera, Adakah "countertop" boleh diterjemahkan kepada "meja kaunter"? "Countertop" ialah dapur gas moden untuk memasak yang mempunyai permukaan seperti cermin di atas. Jika tidak, mohon cadangan bernas dari pihak DBP. Terima kasih.Dapur gas moden yang mempunyai permukaan seperti cermin di atas disebut sebagai “cooktop”. Kami mencadangkan dapur para untuk padanan bahasa Melayu bagi “cooktop“.Istilah25.02.2019
Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih.Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih.
Ayat 1, 2 dan 3 merupakan ayat perintah (jenis ayat permintaan). Sementara kata 'jemput, 'ayu'h dan 'mari' merupakan ayat perintah jenis silaan. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 450-452.
Tatabahasa10.05.2013
Lawatan & Pembentangan Informasi oleh British Universities Malaysia (BUM) Salam sejahtera dari AusEd – UniEd (AU) International! Kami mewakili sekumpulan Universiti British yang percaya bahawa pelajar wajar membuat keputusan yang bernas mengenai pemilihan masa depan pelajaran mereka. Kumpulan Universiti terbabit menawarkan pelbagai kursus dari pengajian klasik hingga ke kursus yang berkaitan dengan industri. Universiti yang di maksudkan adalah: - Middlesex University - Newcastle University - University of Portsmouth - The University of Sheffield - University of Wolverhampton Sebagai penyelaras usaha mereka, saya amat berbesar hati sekiranya diberi peluang mengadakan pembentangan informasi dan pameran pendidikan di kolej Tuan/Puan. Cadangan tarikh dan waktu seperti berikut: Tarikh : XXXX Waktu : XXXX Saya berharap pihak Tuan/ Puan dapat memberikan maklum balas yang positif mengenai perkara ini. Terima kasih.Terima kasih soalan yang dikemukakan.  Saya mencadangkan Tuan/Puan menulis surat terus kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur bagi mengemukakan cadangan berkenaan.  Sebaiknya surat berkenaan dapat diperincikan tentang pembentangan, tarikh/waktu dan lain-lain.Lain-lain19.11.2008
saya ingin bertanya tentang khutbah serta contuhnya terima kasih.Menurut data kami, maksud khutbah ialah syarahan yang berisi ajaran atau nasihat mengenai agama dan lain-lain: ~ itu pendek tetapi bernas. berkhutbah bersyarah atau berpidato mengenai hal-hal agama dan lain-lain: Ketika imam ~, para jemaah mendengarnya dengan  khusyuk. mengkhutbahkan menerangkan atau menjelaskan sesuatu (ajaran agama dan lain-lain) dalam khutbah: Dia khusyuk mendengar segala yang dikhutbahkan oleh pak lebai itu. Untuk melihat contoh teks khutbah, tuan bolehlah melayari http://www.jawi.gov.my/my/e-khutbahLain-lain11.11.2015
Tuan, Sila beritahu sama ada perkataan dalam kurungan adalah betul atau salah.Jika salah,bolehkah tuan betulkan?Terima kasih atas tunjuk.ajar tuan. 1.Ibu mengutip beberapa (cubit) kulat sisir. 2.Kita boleh membeli barangan (jati) di pasar raya itu. 3.(Akal) yang sihat melahirkan idea yang bernas. 4.Bau tempat penyembelihan lembu sangat (hanyir.) 5.Dia mendapat (kecederaan) pada lengannya akibat terjatuh tangga. 6.Pemain yang mengalami kecederaan itu (ditunda) keluar dari padang. 7.Kereta ayah yang rosak telah (ditunda) ke bengkel. 8.Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan (digantung ) 9.Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih (teguh) 10.Ibu bapa harus memegang tanga anak mereka dengan (teguh) semasa menaiki eskalator. Adakah ayat berikut betul? 11.Sila mendapat maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali.Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1.Ibu mengutip beberapa kulat sisir.
2.Kita boleh membeli barangan asli di pasar raya itu.
3. Akal yang sihat melahirkan idea yang bernas.
4. Bau tempat penyembelihan lembu sangat hanyir.
5. Dia mendapat kecederaan pada lengannya akibat terjatuh tangga.
6. Pemain yang mengalami kecederaan itu diusung keluar dari padang.
7. Kereta ayah yang rosak telah ditunda ke bengkel.
8. Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digantung tugas.
9. Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih kuat.
10. Ibu bapa harus memegang tangan anak mereka dengan kemas semasa menaiki eskalator.
11. Sila dapatkan maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali.
Tatabahasa14.11.2017
Selamat petang. "Kata-kata Mutiaria Xi Jinping", adakah ungkapan ini betul dari segi tatabahasa? Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah “Mutiara Kata Xi Jinping”. Mutiara kata bermaksud kata-kata atau pepatah yang ringkas tetapi bernas menggambarkan ciri-ciri kebenaran atau persepsi kehidupan ini.Tatabahasa08.08.2020
123

Kembali ke atas