insound | tak bernas (hujah) | Kesenian | Tiada | Tiada |
viable seed | biji benih bernas | Pertanian | Tiada | Tiada |
full seed | biji benih bernas | Perhutanan | Tiada | Tiada |
pensee | pansa | Kesusasteraan | Tiada | Idea bernas yang diungkapkan dalam bentuk yang ringkas, padat, atau secara panjang lebar. Ahli falsafah Perancis, iaitu Pascal mengasaskan bentuk prototipa untuk genre ini dan koleksi pensee, dan hasil karyanya (1670) mengandungi catatan yang mempertahankan agama Kristian. Karya sastera bertajuk The Unquiet Grave (1940) oleh Palinurus (Cyril Connolly) merupakan contoh pansa yang baik. Setiap renungan atau pemeriannya disampaikan secara berasingan tetapi aliran hujah yang khusus dapat dikesan secara jelas dan indah. Pansa berasal daripada istilah Perancis penses yang bermaksud �pemikiran�. |
epigram | epigram | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud �unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat�. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. |
epigram | epigram | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak, kecindan, berkias dan menyindir. |
epigrammatic style | gaya epigram | Kesusasteraan | Tiada | Gaya pernyataan singkat bernas terucap dengan gaya yang halus dan dalam maknanya. |
epigram | epigram | Kesusasteraan | Tiada | Lengkapan atau kata-kata ringkas, bernas dan tajam maksudnya, mengandungi unsur-unsur berlawanan atau bertentangan. |
apothegm | apotegma | Kesusasteraan | Tiada | Kata-kata atau pepatah yang ringkas tetapi bernas menggambarkan ciri-ciri kebenaran atau persepsi kehidupan ini. |
apothegm | apotegma | Sejarah | Tiada | Kata-kata atau pepatah yang ringkas tetapi bernas menggambarkan ciri-ciri kebenaran atau persepsi kehidupan ini. |